aHLaN waSAhLan...seLaMaT daTaNg kE bLOg aKHiiDeY...tERima kaSiH keRaNa sUDi kuNJuNgi aKHiiDEy...
Oleh kerana terdapat permintaan, maka mulai Februari 2010, akhiidey telah menyediakan ruangan mencari kerja bagi setiap negeri. Mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja. Sekiranya anda mempunyai cadangan boleh emailkan akhiidey di sipitang_gata@yahoo.com.my klik (yahoo)
akhiidey menawarkn beberapa barangan, produk untuk pengunjung blog ni. Mungkin ada barangan,produk yang sedang anda cari. Kalau berminat, kita boleh ejah,wak kiro,sms,email@yang best akhiidey jumpa dgn anda(area daerah bachok klate dan sipitang sabah saja yer!!). Dibawah ni boleh la anda klik,tengok;
Jersi World Cup 2010 dan Jersi Kelab
Kayu Tas dan Raja Kayu
Produk Halia Yusmira Trading
Pakaian adidas dan nike
Gelang mutiara, kristal, loket rantai, butang baju lelaki&seumpamanya...
Kain Pasang Perempuan
Kain Batik Perempuan
Baju Batik lelaki




Nakhaie saman Asri RM1.5 juta




KUALA LUMPUR - Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mengemukakan saman fitnah sebanyak RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan tujuh defendan lain termasuk akhbar Sinar Harian atas dakwaan menuduh dirinya terlibat dalam rasuah dan penyelewengan semasa menerajui yayasan itu.

Nakhaie, 67, selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada pukul 11.22 pagi semalam menerusi firma guaman Tetuan Ibrahim & Fuaadah.

Selain Mohd. Asri, 39, sebagai defendan pertama, Nakhaie juga meletakkan syarikat penerbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. dan Akhbar Cabaran Sdn. Bhd. yang menerbitkan Sinar Harian, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Ketua Kumpulan Eksekutif Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan tiga yang lain iaitu Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir (ketiga-tiga editor) dan wartawan Siti Azila Alias turut dinamakan sebagai defendan keempat hingga kelapan.


Nakhaie memfailkan saman fitnah terhadap Mohd. Asri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


Nakhaie yang ditemui media berkata, kenyataan yang dikeluarkan Mohd. Asri di dalam media sebelum ini menyentuh tentang kewibawaan dan peribadi sehingga menjadi perbualan masyarakat bahawa dirinya mengamalkan rasuah.

Read more...

Lompat parti tanggung dosa

SHAH ALAM - Hukuman terhadap tindakan lompat parti oleh sebilangan ahli politik adalah berdosa dalam agama Islam kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, individu terbabit harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakilinya.

“Individu terbabit perlu meletak jawatan sekiranya ingin lompat parti dan pilihan raya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpim lebih baik.

“Rakyat pilih mereka kerana percaya parti politik yang diwakilinya dapat memberi perubahan terhadap kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.

Mohd Asri berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

“Walau bagaimanapun, sekiranya pemimpin tersebut dipilih bersandarkan ketokohannya,ia tidak memberi kesan kerana rakyat mempercayai kepimpinan individu terbabit selain parti politik yang diwakilinya.:

“Perkara ini juga perlu dijelaskan agar kesamaran tidak timbul untuk mengelak salah faham dalam kalangan rakyat,” katanya.:

Lewat kebelakangan ini, terdapat khabar angin bahawa 10 ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan lompat parti bagi menyertai Barisan Nasional dan Parti Cinta Malaysia (PCM) .

Isu ini bermula apabila tiga ahli PKR Perak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas Februari tahun lalu.

Terbaru, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak jawatannya pada 12 Januari lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Read more...

Tersenarai 20 Orang Kaya terkaya di Malaysia

Datuk Mokhzani Mahathir - anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.

Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion di tangga ke tujuh.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 denan kekayaan se banyak RM2.8 bilion.

Datuk Seri Nazir Razak - adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia.

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut kaji selidik Malaysian Business, kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia mencatat peningkatan terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih RM96.3 bilion, berikutan pemulihan dalam pasaran saham.

Bagaimanapun, menurut kenyataan majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini - 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

Read more...

Songket Kelantan masih popular


AHMED KAMEL menunjukkan antara songket dan kain tenun yang dijual di Galeri Cik Minah Songket, Kota Bharu baru-baru ini.


KOTA BHARU - Lambakan fabrik moden dalam pasaran tempatan tidak menjejaskan perniagaan songket di negara ini malah kesenian fabrik tradisional itu terus diminati dan mendapat sambutan tinggi.

Perusahaan songket di Kelantan juga berkembang dengan gaya tersendiri berikutan permintaan terhadap fabrik tradisional tersebut yang sering dikaitkan dengan golongan pembesar dan bangsawan.

Pengurus syarikat pengeluar songket dan kain tenun, Che Minah Songket, Ahmed Kamel Huseein berkata, beliau berbangga apabila generasi muda masih berminat untuk memperagakan fabrik tradisional itu pada majlis-majlis rasmi dan keraian.

Menurutnya, syarikatnya berjaya memasarkan lebih 2,000 helai songket dan 30,000 helai kain tenun sepanjang tahun lalu.

Read more...

Guru baru wajib mengajar di pedalaman 3 tahun


SEBAHAGIAN penerima anugerah pelajar cemerlang UPSR dan PMR 2009 bergambar bersama Mohd. Puad (tengah) di Balik Pulau, Pulau Pinang

BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

Read more...

CUEPACS TUNTUT KERJA LEBIH MASA DIBAYAR TUNAI

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lalu. Katanya, untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti. "Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya kepada Bernama. Beliau berkata, Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, untuk menyelesaikan isu itu.

Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk "mengurangkan kos" dan juga untuk "meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan" jabatan berkenaan. Seorang ketua jabatan berkata, sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan memerlukan kerjasama kakitangan untuk bekerja lebih masa. Katanya, disebabkan peruntukan untuk kerja lebih masa tidak mencukupi, jabatan memperkenalkan sistem menawarkan cuti. "Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang," katanya. - Bernama

Read more...

Pengantin lelaki Pakai Emas ditegur

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur sesetengah masyarakat di negeri itu yang menggunakan cincin emas untuk disarungkan kepada pengantin lelaki.

Katanya, amalan menyarung cincin kepada pengantin lelaki tidak salah walaupun budaya itu datang dari Barat, namun ia bukan diperbuat daripada emas.

“Kerana hendak nampak mahal ada yang bagi emas putih, itu salah. Kalau nak pakai, pakailah yang perak. Nak suruh mahal tetapi haram itu tidak ikut Islam,” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Katanya, barang perhiasan buatan emas dikhususkan untuk pemakaian perempuan dan adalah tidak sesuai bagi lelaki yang diciptakan untuk bekerja.

Dalam pada itu, Nik Aziz menyarankan agar masyarakat menyegerakan urusan pengebumian jenazah yang baru meninggal dunia.

“Ada daripada kita melambatkan urusan pengebumian kerana tunggu anak balik dari Singapura dan Kuala Lumpur, kenapa tunggu? Itu adalah budaya Melayu, apabila orang mati dia nak cepat menghadap tuhan,” katanya.

Read more...

Prosedur Perkahwinan Negeri Kelantan Darulnaim

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)

  • Dapatkan borang permohonan kahwin daripada Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan).
  • Isi borang dengan lengkap.
  • Lampirkan dokumen yang berkaitan.
  • Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim 7 hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan anak mukim serta kebenaran atau kelulusan kahwin.
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI KARIAH/DAERAH/NEGERI YANG BERLAINAN.

  • Dapatkan borang permohonan dan kebenaran berkahwin daripada Pendaftar NCR negerinya.
  • Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Pendaftar/Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin.
  • Isi borang permohonan berkahwin di tempat/negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu).
LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA

  • Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkenaan
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon, wali dan saksi/visa yang sah.
  • Surat pengesahan status bujang/dara daripada majikan.
  • Surat perakuan cerai.
  • Surat daftar kematian.
  • Sijil kursus pra perkahwinan.
  • Surat perakuan memeluk Agama Islam.
  • Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing.
  • Surat akuan sumpah.
  • Surat kebenaran daripada Imigresen.
  • Surat kebenaran berkahwin di bawah umur(lelaki 18 thn, perempuan 16 thn).
  • Surat kebenaran berkahwin secara poligami.
  • Surat kebenaran berkahwin janda

sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

Read more...

7 Panduan cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)

Di bawah ini ini dinyatakan cara2 atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.


Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis Tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
[Riwayat al Bukhari]


Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci’”

[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya” [Riwayat al Bukhari dan Muslim]


Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian ditelah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]


Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalai peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’.

Read more...

MB Kelantan nafi mundur

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menegaskan bahawa ngeri Kelantan tidak mundur seperti mana yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, beliau mempunyai data yang jelas menunjukkan bahawa ekonomi Kelantan terus berkembang pesat seperti mana kemasukan pelabur-pelabur yang masuk menanam modal di negeri ini.

“Ini contoh pengembangan ekonomi yang baik, data yang dikeluarkan unit perancangan ekonomi yang menyebut bahawa, pada tahun 2007 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini adalah 7.5 peratus manakala peringkat nasional 6.2. sementara itu kemiskinan tegar, pada tahun 2008, 0.6, tetapi peringkat nasional 0.8.

“Pada mereka yang kata kita mundur dan tidak ada pembangunan, saya nasihatkan mereka berfikir dua kali supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu yang memakan diri mereka sendiri, ” kata kepada media selepas merasmikan pembukaan cawangan baru Bank Muamalat di Kok Lanas di sini, semalam.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, tuduhan yang menyatakan negeri ini adalah miskin adalah tidak lebih dari kenyataan politik yang lahir dari mereka yang dengki kepada pengembangan ajaran Islam di Kelantan.

Sementara itu dalam ucapannya Nik Aziz berharap Bank Muamalat memainkan peranan yang lebih proaktif dan mengambil inovasi baru dengan memperkenalkan perkhidmatan yang berlandaskan hukum syarak.

Katanya, adalah perlu usaha positif ini akan membuka mata masyarakat dalam dan luar negara tentang keistimewaan yang ada dalam perbankan Islam.

“Saya mengharapkan dengan ada bank ini ia dapat memenuhi keperluan dan kehendak penduduk terutama kepada mereka yang ingin mendapatkan kemudahan-kemudahan pembiayaan dan deposit berlandaskan syariah,” katanya.

Read more...

Cuti 42 hari diberi kepada penjawat awam yang menderma organ

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang menderma organ kepada mereka yang memerlukan akan diberikan cuti tanpa rekod selama 42 hari, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Beliau berkata demikian menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran.

“Kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut mana yang lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

“Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan, “ katanya.

Ismail berkata, sepanjang tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan cuti sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital. - Bernama

Read more...

sibuk...padat...

Assalamualaikum wbt..

Lama sudah saya tidak update blog ni. Minggu-minggu sebelum ni cukup padat aktiviti, program dan mesyuarat. Minggu lepas acara sukan sekolah...antara rumah sukan. Meriah juga. Dua hari berlangsung iaitu pada 27-28/01/10. Hari sebelumnya ada mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Sipitang. Minggu ni pula sibuk dengan persiapan sukan zon kerana sekolah menjadi tuan rumah sukan Zon Barat Sipitang...10-11/02/10. Apapun disini saya kongsikan beberapa keping gambar semasa acara sukan tahunan sekolah .


Read more...
Related Posts with Thumbnails
sekadar berkongsi...ebook,pdf,software,video,mp3...
PENAFIAN: Laman blog akhiidey tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hakcipta Terpelihara @ 2009

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP