1) Etika Pakaian dan Aurat
- Pakaian hendaklah sesuai dengan jenis dan status tempat anda bertugas
- Pakaian hendaklah sentiasa kemas.
- Warna pakaian yang sesuai perlu diambil perhatian.
- Pakaian dalam hendaklah diganti setiap hari (walaupun orang lain tidak tahu)
- Walau apapun fesyen dan status pakaian hendaklah sentiasa menjaga batas aurat
- Pakaian yang tidak menjolok mata,terlalu nipis, terlalu ketat, baju terlalu pendek hingga menampakkan perut atau punggung,fesyen yang tidak terlalu ganjil,memakai selipar.
- pakaian tidaklah semestinya mahal.
- Kasut tumit tinggi juga membahayakan kaki anda malah menyusahkan anda. Yang paling mudah ialah dengan mengenakan pakaian yangditunjukkan oleh orang atasan anda asalkan menutup aurat.
- Solek yang ringan terutama bagi perempuan memang perlu dan imej profesionalisme yang baik yang digambarkan oleh petugas boleh menambah keyakinan pelanggan.
- Alat soleh perlu dipakai dengan sempurna dan mengikut cara pemakaian yang betul.
- Mekap yang tebal hanya sesuai pada waktu malam.
- Berhias hendaklah sebelum masuk ke tempat kerja.
- Meja kerja bukan untuk dijadikan meja solek anda.
- Jangan bersolek,sikat rambut, tukar stokin,cungkil gigi dan sebagainya melainkan pintu bilik anda berkunci dan langsir tertutup.
- Lakukan aktiviti pembersihan anda di bilik air.
- Pekerja yang bersolek di meja kerja digambarkan yang dia belum bersedia untuk memulakan tugas atau bertemu pelanggan.
- Pakailah barang kemas yang mudah dan kecil seperti seutas gelang tangan,seutas cincin.
- Jangan memakai perhiasan yang berbunyi seperti gelang kaki yang berloceng.
- Barang perhiasan yang berlebihan mendatangkan kemudaratan kepada pemakai seperti dirompak.
- Paling tidak perhiasan yang berlebihan menyuburkan rasa ego dalam hati pemakainya.
- Briefcase,beg tangan dan semua bentuk beg kerja perlu diletakkan di atas lantai sebelah kerusi anda.
- Telefon bimbit hendaklah diletakkan di dalam poket,di pinggang atau dalam beg dan tidak kelihatan di atas meja.
- Jika anda memakai cermin mata, pilih reka bentuk yang sesuai dengan bentuk muka anda.
- Sun glass sesuai dipakai di luar pejabat. agak ganjil kalau pakai dalam pejabat lebih-lebih lagi waktu malam.
- Elakkan memakai cermin mata yang terlalu ganjil atau reka bentuk yang keterlaluan kecuali anda memang ganjil.
- Jangan melekatkan cermin mata merata-rata.
sumber asal:-
Buku: Etika Pejabat Panduan Majikan&Pekerja Hebat
Pengarang: Hj. Muhammad Zakaria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan