aHLaN waSAhLan...seLaMaT daTaNg kE bLOg aKHiiDeY...tERima kaSiH keRaNa sUDi kuNJuNgi aKHiiDEy...
Oleh kerana terdapat permintaan, maka mulai Februari 2010, akhiidey telah menyediakan ruangan mencari kerja bagi setiap negeri. Mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja. Sekiranya anda mempunyai cadangan boleh emailkan akhiidey di sipitang_gata@yahoo.com.my klik (yahoo)
akhiidey menawarkn beberapa barangan, produk untuk pengunjung blog ni. Mungkin ada barangan,produk yang sedang anda cari. Kalau berminat, kita boleh ejah,wak kiro,sms,email@yang best akhiidey jumpa dgn anda(area daerah bachok klate dan sipitang sabah saja yer!!). Dibawah ni boleh la anda klik,tengok;
Jersi World Cup 2010 dan Jersi Kelab
Kayu Tas dan Raja Kayu
Produk Halia Yusmira Trading
Pakaian adidas dan nike
Gelang mutiara, kristal, loket rantai, butang baju lelaki&seumpamanya...
Kain Pasang Perempuan
Kain Batik Perempuan
Baju Batik lelaki




Mungkinkah ia serpihan Bahtera Nabi Nuh


PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.


HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Read more...

Ketagihan Facebook




FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.

Kebaikan Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook.

Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial Facebook turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang.

Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya.

Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook.


KETAGIHAN Facebook boleh mengakibatkan perubahan tingkah laku seseorang tanpa disedari.


Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

"Alangkah baiknya kalau dapat berfacebook hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa."

Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari, kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.

Menurut Mohamed Fadzil, individu yang ketagihan Facebook tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab individu terdekat membantunya merawat ketagihan itu selepas melihat perubahan sikap, tabiat dan tingkah laku individu berkenaan.

Ketagihan Facebook

"Ketagihan boleh dikenal pasti apabila terbentuknya satu jadual atau proses pelaziman seseorang itu tidak dapat berpisah dengan sesuatu tabiat yang wujud akibat pengaruh atau pancingan.

"Manusia mudah dipengaruhi oleh faktor psikososial iaitu mengikut arus yang berlaku dan mereka percaya sekiranya mereka tidak terbabit, mereka dianggap kumpulan yang ketinggalan dan membosankan," jelasnya yang mengganggap sistem itu sebagai tidak rasional.


FAIZAL mengaku beliau teruja apabila menerima komen daripada para peminatnya dalam Facebook.


Tambahnya, penyelesaian ketagihan Facebook boleh dilakukan menggunakan pendekatan ekstrem, kompromi mahupun psikologi.

"Ada pihak kata haramkan penggunaan Facebook. Ini kaedah ekstrem, manakala pendekatan kompromi memberi peluang kepada individu berkenaan untuk menggunakan Facebook tetapi mereka dididik supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyalah gunakan laman sosial itu.

"Kaedah psikologi perlu bagi mengurangkan ketagihan individu yang mempunyai pemikiran tidak rasional akibat pengaruh Facebook. Di sini perlunya sokongan individu terdekat seperti keluarga, pasangan dan teman rapat," katanya.

Kaunseling, bimbingan dan nasihat mampu membantu menyedarkan individu yang ketagihan Facebook supaya mereka tidak berterusan gagal menguruskan masa dan kehilangan kemahiran sosial akibat terikat dengan komunikasi alam maya.

Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.

"Facebook membuatkan saya leka dan melekat di depan komputer selama berjam-jam tanpa sedar. Tetapi, saya menggunakan alternatif lain iaitu iPhone supaya saya dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa membazirkan masa di depan komputer.

"Bagi saya, Facebook dapat meningkatkan komunikasi secara efisien dan tidak patut diharamkan. Tindakan mengharamkan Facebook ibarat menafikan perkembangan teknologi maklumat dan kita akan ketinggalan dalam pelbagai sudut," katanya.

Tambah Faizal, apa yang wajar dilakukan ialah pemantauan daripada kerajaan supaya menyekat laman-laman Facebook yang mengajak masyarakat menghina atau membangkitkan isu-isu yang boleh mengakibatkan pepecahan.


MOHAMED FADZIL percaya pendekatan psikologi dapat membantu mereka yang mengalami masalah ketagihan Facebook.


Pembaca berita RTM, Norhaslina Ibrahim berpendapat, masyarakat hari ini memanfaatkan Facebook atas dasar kesibukan dan melaluinya banyak maklumat terkini diperoleh daripada teman-teman serta mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

"Facebook penting bagi saya kerana saya tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan teman-teman rapat dan mengetahui perkembangan diri mereka. Melalui Facebook saya dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah," katanya.

Pelakon dan hos, Julie Woon mengatakan dia tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang berlaku disebabkan Facebook kerana menganggap ia tindakan individu yang mempunyai agenda tertentu.

"Saya sentiasa mengemaskini laman Facebook kerana bidang kerja yang memerlukan saya berhubung dengan teman-teman dan para peminat. Selain itu, banyak ejen mencari saya di Facebook untuk tujuan kerja kerana tidak mempunyai nombor telefon saya," katanya.

Read more...

Idea kewujudan Facebook_Dikhianati pengasas Facebook


GAMBAR menunjukkan Cameron (kiri) dan Tyler (kanan).


LONDON - Bintang pendayung perahu lumba iaitu kembar seiras Tyler Winklevoss dan Cameron Winklevoss yang juga pelajar Universiti Oxford mendakwa mereka dikhianati oleh pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Zuckerberg didakwa mencuri idea mereka untuk menghasilkan laman sosial tersebut ketika mereka masih belajar di Universiti Harvard Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003.

Menurut Tyler dan Cameron, pada mulanya Zuckerberg diminta membantu mereka dalam program laman web Connect U bagi mencari teman wanita.

Namun, apa yang berlaku kemudiannya ialah pada Februari 2004, Zuckerberg melancarkan Facebook.

"Kami rasa dikhianati dan sangat terkejut. Namun, rasa terkejut itu bertukar menjadi usaha untuk membetulkan keadaan tanpa mengambil kira berapa banyak wang atau masa yang akan diambil," kata Tyler.

Dalam tempoh enam tahun, Facebook menjadi satu fenomena dengan nilai mencecah AS$5 bilion (RM16.2 bilion) dan 400 juta ahli.

Sehingga kini, perebutan secara undang-undang masih belum berakhir berhubung isu Facebook.

Walaupun telah dibayar AS$65 juta (RM211 juta) dalam bentuk tunai berhubung satu penyelesaian mengenai kes Facebook, kembar itu masih membuat tuntutan saham ekuiti.


ZUCKERBERG


Kembar yang berketinggian 198.12 sentimeter dengan berat badan 89.8 kilogram itu juga bakal terlibat dalam filem blockbuster terbitan Paramount Pictures bertajuk The Social Network, berkaitan fenomena Facebook.

Mereka yang berasal daripada keluarga kaya di Connecticut, Amerika Syarikat akan mewakli Oxford dalam acara perlumbaan mendayung perahu dengan Universiti Cambridge hari ini. - Agensi

Read more...
Related Posts with Thumbnails
sekadar berkongsi...ebook,pdf,software,video,mp3...
PENAFIAN: Laman blog akhiidey tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hakcipta Terpelihara @ 2009

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP