aHLaN waSAhLan...seLaMaT daTaNg kE bLOg aKHiiDeY...tERima kaSiH keRaNa sUDi kuNJuNgi aKHiiDEy...
Oleh kerana terdapat permintaan, maka mulai Februari 2010, akhiidey telah menyediakan ruangan mencari kerja bagi setiap negeri. Mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja. Sekiranya anda mempunyai cadangan boleh emailkan akhiidey di sipitang_gata@yahoo.com.my klik (yahoo)
akhiidey menawarkn beberapa barangan, produk untuk pengunjung blog ni. Mungkin ada barangan,produk yang sedang anda cari. Kalau berminat, kita boleh ejah,wak kiro,sms,email@yang best akhiidey jumpa dgn anda(area daerah bachok klate dan sipitang sabah saja yer!!). Dibawah ni boleh la anda klik,tengok;
Jersi World Cup 2010 dan Jersi Kelab
Kayu Tas dan Raja Kayu
Produk Halia Yusmira Trading
Pakaian adidas dan nike
Gelang mutiara, kristal, loket rantai, butang baju lelaki&seumpamanya...
Kain Pasang Perempuan
Kain Batik Perempuan
Baju Batik lelaki




Mula-mula sangsi, sekarang sambutan luar dugaan!

Rakyat datang berduyun-duyun untuk dapatkan perkhidmatan di Klinik 1Malaysia yang mengenakan bayaran RM1 sahaja

Klinik 1Malaysia yang dilancarkan 7 Januari lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata mendapat sambutan di luar dugaan daripada rakyat. Itulah realiti di sebalik kesangsian awal pihak tertentu mengenai kejayaan klinik itu yang hanya mengenakan bayaran RM1 sahaja dan dikendalikan oleh pembantu hospital (HA).

Walaupun golongan profesional khususnya dalam kalangan pengamal perubatan memberikan respons acuh tak acuh kepada klinik itu, namun rakyat memberikan sokongan padu. Tinjauan Skuad Cakna Sinar Harian ke klinik berkenaan di seluruh negara membuktikannya.

Kebimbangan golongan pengamal perubatan itu berdasarkan keputusan kerajaan untuk membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan, menurut mereka akan menjejaskan doktor swasta dan merisikokan standard penjagaan kesihatan negara.

Pertengahan Disember lalu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David K L Quek mengkritik penubuhan Klinik 1Malaysia yang dianggapnya sama dengan klinik 'negara dunia ketiga' memandangkan ia diuruskan oleh pembantu perubatan dan jururawat.

Namun, semua itu tidak menghalang orang ramai daripada berduyun-duyun mengunjungi Klinik 1Malaysia untuk mendapatkan rawatan bagi sakit yang ringan seperti demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula.

Klinik 1Malaysia di Kampung Padang, Kuantan misalnya menerima kira-kira 40 kunjungan pesakit sehari, menjadikan jumlahnya kini mencecah lebih 600 sepanjang 17 hari dibuka.

Klinik 1 Malaysia di Seremban Jaya pula menerima lebih 1,000 pesakit pelbagai kaum sejak dibuka 7 Januari lalu.

Penolong Pegawai Perubatannya, Radzuan Awaludin berkata, berdasarkan statistik diterima, pesakit yang mendapatkan rawatan pada kadar caj RM1 itu semakin meningkat sehingga pernah mencecah kepada 100 orang dalam tempoh sehari.

Tempoh menunggu yang singkat dan waktu operasi yang lebih panjang turut menjadikan klinik ini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Ia dibuka tujuh hari seminggu dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Dilengkapi pelbagai kemudahan rawatan, pelanggan yang datang akan disambut mesra kakitangan bertugas.

Tidak seperti tanggapan orang ramai, klinik 1Malaysia bukan hanya dikendalikan oleh HA sahaja, kerana Kementerian Kesihatan telah menyenaraikan sekumpulan doktor, untuk memeriksa pesakit yang memerlukan perhatian segera.

Setakat ini, 44 daripada 50 klinik 1Malaysia yang dikenal pasti bagi fasa pertama program itu telah beroperasi.

Selain murah, beberapa faktor lain turut menjadikan klinik 1Malaysia mendapat perhatian orang ramai seperti perkhidmatan yang cepat dan waktu operasi lebih panjang.

Idea untuk mewujudkan Klinik 1Malaysia dicetuskan Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 tahun lalu dan sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk penubuhan klinik tersebut di seluruh negara.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah rawatan ringan seperti batuk, demam dan selesema manakala rawatan susulan penyakit kronik akan dirujuk ke klinik atau hospital yang lebih besar.

Namun begitu, ada juga rungutan daripada masyarakat yang tidak mengetahui lokasi klinik ini di kawasan mereka selain kurangnya promosi yang dilakukan mengenai pembukaannya.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh kementerian agar segenap lapisan masyarakat boleh mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia.

Read more...

Kelebihan Umat Rasulullah S.A.W Menurut Pandangan Nabi Adam A.S

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

  1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima oleh Allah S.W.T. di mana pun jua.
  2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.
  3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan isteri mereka.
  4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Read more...

Ciri-Ciri Suami dan Lelaki yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Qadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Apabila si gadis mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, kesempurnaan zahir batinnya, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah dan ibu. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah dan ibunya yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berfikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup

Read more...

Klinik 1Malaysia di Bachok

BACHOK - Langkah kerajaan mewujudkan Klinik 1Malaysia ternyata begitu bermakna buat seluruh rakyat di negara ini, termasuk di daerah Bachok yang turut mempunyai klinik tersebut.

Ini kerana ia berjaya membantu meringankan beban golongan tidak berkemampuan, dengan kerana hanya mengenakan kadar bayaran sebanyak RM1 bagi warganegara dan RM15 bagi warga asing yang ingin mendapatkan rawatan di klinik itu.

Pegawai Kesihatan Daerahnya, Dr Fauziah Mohd Nor berkata, sejak dibuka awal Januari lalu, klinik berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan bilangan pesakit antara 30 hingga 50 orang sehari.

“Klinik 1Malaysia ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari bekerja termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.

“Ia diuruskan pembantu pegawai perubatan dan jururawat kesihatan, dan mereka akan merawat dan dibenarkan untuk memberi ubat untuk sakit ringan sahaja seperti deman, batuk, selesema, cirit-birit ataupun luka ringan,“ katanya kepada Sinar Harian pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Bachok di sini.

Fauziah berkata, manakala bagi pesakit kronik yang sudah stabil, mereka boleh menggunakan klinik 1Malaysia ini untuk menyambung bekalan ubat yang diperlukan, dan sebarang kes-kes kronik akan dirujuk ke hospital.

Bachok adalah satu dari empat daerah di negeri ini iaitu Kota Bharu, Jeli, dan Pasir Mas yang disediakan dengan kemudahan klinik 1Malaysia ini, dan Klinik 1Malaysia Bachok terletak di pekan Jelawat.

Sementara itu, Fauziah berkata, bermula 10 Januari lalu Klinik Kesihatan Bachok dilanjutkan waktu rawatan sehingga 9.30 malam berbanding sebelumnya sehingga 5.30 petang setiap hari.

“Kalau tak sempat datang siang, pesakit boleh datang sebelah malam sebelum 9.30 malam, kecuali untuk ujian darah, ia hanya boleh dibuat sebelum jam 5. 30 petang,“ katanya.

Fauziah berkata, klinik ini juga dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti pelepasan am, manakala pada hari Sabtu masa rawatan dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.

Program klinik komuniti itu diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Bajet 2010 dengan peruntukan RM10 juta untuk tujuan itu.

Sementara itu, Pem-bantu Tadbir Kanannya, Rosliza Ishak berkata, majlis sambutan� Maal Hijrah yang disambut pada hari itu dianjurkan Kelab Sukan dan Ke-bajikan pejabat kesihatan berkenaan yang dibuat dalam bentuk pertandingan.

Katanya, ia bertujuan memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan pejabat dan klinik kesihatan di daerah itu.

“Sebanyak 10 kawah bubur Asyura disediakan kakitangan dari sembilan Klinik Ke-sihatan Desa dan satu Klinik Pergigian,“ katanya.

sumber: sinar harian

Read more...

Hukum Sertai Facebook

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”


Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.


soal jawab bersama Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman



Read more...

Asal Wanita daripada Tulang Rusuk Lelaki?

Assalamualaikum WBT...ahlan...

Apa yang telah anda fikirkan, yang terlintas difikiran setelah membaca tajuk di atas? Mungkin anda mengatakan YA kerana terdapat sebuah hadith yang soheh daripada Bukhari dan Muslim. Hadithnya begini:

" Aku berwasiatkan kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah dibahagian atas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkan saja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)"

Adakah ayat ini bermaksud kaum wanita secara umumnya dijadikan Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya, di dalam al-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal daripada nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita kecuali Nabi Adam yang berasal daripada tanah.

Oleh kerana kenyataan al-Quran berhubung kejadian manusia begitu jelas, hadith tidak dapat mencanggahnya. Justeru, hadith yang menyatakan wanita berasal daripada tulang rusuk lelaki tidak dapat ditafsirkan dalam bentuk mencanggahi al-Quran. Sebenarnya fokus hadith ini bukannya asal usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Justeru tiu, di dalam kitab Riadus Salihin, Imam Nawawi meletakkan hadith ini dalam bab 'Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik'

Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata "Wanita diciptakan dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk", bukan dicipta daripada tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam keadaan bengkok adalah berbeza dengan tulang lain sebagaimana wanita berbeza daripada lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentiangannya justeru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan kaum wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun aspek-aspek tertentu mereka berbeza daripada kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap kasar kepada mereka. Maka, mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama dengannya bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadangkala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan itu tidak melambangkan kehinaan.

Namun pun begitu, sebahagian ulama berpendapat hadith ini membicarakan berkenaan kejadian Hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, Hawa berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam. Antara ulama yang berpegang pada pendapat ini ialah Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Maud, Imam Mujahid, Ibn al-Manzir, Ibn Humaid dan ramai lagi. Namun apabila dirujuk di dalam al-Quran, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pendapat ini. Sebagai contoh berhubung kejadian Hawa, dalam surah an-Nisak ayat 1 Allah menjelaskan yang bermaksud "Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmy yang menciptakan kamu daripada diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak". Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian Hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Hal ini berbeza sekiranya dibandingkan dengan Bible. Bible dengan jelas mengatakan Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam. Dalam Bible Bab Genesis 2:21-23 bermaksud "kemudian Tuhan menyebabkan manusia itu tidak dengan nyenyak. sementara dia terlena Tuhan mengeluarkan satu daripada tulang rusuk manusia itu lalu menutupnya semula dengan daging. Daripada tulang rusuk itu Tuhan membentuk seorang perempuan". Terjemahan ini adalah berpandukan al-Kitab terbitan The Bible Society of Malaysia.

Sebenarnya al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam Islam, wanita dan lelaki adalah sama disisi Allah SWT. Dalam surah ali Imran ayat 195,"sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal antara kamu baik lelaki mahupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain".


Catatan ini berdasarkan buku Dr. Danial Zainal Abidin..

Read more...

Perkataan Bahasa Arab yang diMelayukan

Assalamualaikum wbt...
Pada hari ini saya ingin berkongsi bersama kalian tentang perkataan-perkataan arab yang telah dimelayukan. Mungkin kita sedar,perasaan atau tidak yang patah percakapan kita itu mengandungi perkataan bahawa arab. Wah! hebat kita tu cakap melayu campur arab... bah (ayat sabah), jom tengok-tengok, baca apa yang dimaksudkan kat bawah ni:-
1) al-Quran, Hadith,Iqra`
2) azan, solat,subuh,zuhur,asar,maghrib,isyak
3) halal,haram,makruh,sunat,wajib
4) kamus
5) hakim
6) kerusi
7) muhasabah
8) qadi
9) masjid
10) kitab
11) berkat
12) sabun
13) kertas
14) huruf
15) ikhlas
16) ilmu
17) hukum
18) syukur
19) sedekah
20) kisah
21) ayat
22) amal
23) khidmat
24) mukadimah
25) majmuk
26) tarbiah
27) umum
28) khas
29) kaedah
30) asas
31) awal,akhir
32) taufiq
33) hidayah
34) tilawah
35) martabat
36) misal
37) nasyid
38) makna
39) maksud
40) arwah,mayat
41) wujud
42) tertib
43 ) kalimah
44) .................. akan saya sambungkan kemudian..ikuti seterusnya nanti yer!!

Read more...

Etika Aksesori di Tempat Kerja

Aksesori ialah peralatan yang merupakan tambahan kepada alat keperluan asas. Dalam konteks aksesori di pejabat yang dimaksudkan ialah pakaian dan peralatan yang melengkapi diri seseorang ketika ke tempat kerja terutamanya sering dikaitkan dengan wanita.

1) Etika Pakaian dan Aurat

  • Pakaian hendaklah sesuai dengan jenis dan status tempat anda bertugas
  • Pakaian hendaklah sentiasa kemas.
  • Warna pakaian yang sesuai perlu diambil perhatian.
  • Pakaian dalam hendaklah diganti setiap hari (walaupun orang lain tidak tahu)
  • Walau apapun fesyen dan status pakaian hendaklah sentiasa menjaga batas aurat
  • Pakaian yang tidak menjolok mata,terlalu nipis, terlalu ketat, baju terlalu pendek hingga menampakkan perut atau punggung,fesyen yang tidak terlalu ganjil,memakai selipar.
  • pakaian tidaklah semestinya mahal.
  • Kasut tumit tinggi juga membahayakan kaki anda malah menyusahkan anda. Yang paling mudah ialah dengan mengenakan pakaian yangditunjukkan oleh orang atasan anda asalkan menutup aurat.
2) Bersolek/Mekap
  • Solek yang ringan terutama bagi perempuan memang perlu dan imej profesionalisme yang baik yang digambarkan oleh petugas boleh menambah keyakinan pelanggan.
  • Alat soleh perlu dipakai dengan sempurna dan mengikut cara pemakaian yang betul.
  • Mekap yang tebal hanya sesuai pada waktu malam.
  • Berhias hendaklah sebelum masuk ke tempat kerja.
  • Meja kerja bukan untuk dijadikan meja solek anda.
  • Jangan bersolek,sikat rambut, tukar stokin,cungkil gigi dan sebagainya melainkan pintu bilik anda berkunci dan langsir tertutup.
  • Lakukan aktiviti pembersihan anda di bilik air.
  • Pekerja yang bersolek di meja kerja digambarkan yang dia belum bersedia untuk memulakan tugas atau bertemu pelanggan.
3) Barang Perhiasan
  • Pakailah barang kemas yang mudah dan kecil seperti seutas gelang tangan,seutas cincin.
  • Jangan memakai perhiasan yang berbunyi seperti gelang kaki yang berloceng.
  • Barang perhiasan yang berlebihan mendatangkan kemudaratan kepada pemakai seperti dirompak.
  • Paling tidak perhiasan yang berlebihan menyuburkan rasa ego dalam hati pemakainya.
  • Briefcase,beg tangan dan semua bentuk beg kerja perlu diletakkan di atas lantai sebelah kerusi anda.
  • Telefon bimbit hendaklah diletakkan di dalam poket,di pinggang atau dalam beg dan tidak kelihatan di atas meja.
4) Cermin Mata
  • Jika anda memakai cermin mata, pilih reka bentuk yang sesuai dengan bentuk muka anda.
  • Sun glass sesuai dipakai di luar pejabat. agak ganjil kalau pakai dalam pejabat lebih-lebih lagi waktu malam.
  • Elakkan memakai cermin mata yang terlalu ganjil atau reka bentuk yang keterlaluan kecuali anda memang ganjil.
  • Jangan melekatkan cermin mata merata-rata.

sumber asal:-
Buku: Etika Pejabat Panduan Majikan&Pekerja Hebat
Pengarang: Hj. Muhammad Zakaria

Read more...

Tempat-tempat menarik di Sabah... Jom Melancong!!

map sabah

Anda suka melancong?Jom melancong ke negeri di bawah bayu...Negeri Sabah. Terdapat banyak tempat-tempat menarik di negeri ini. Hampir 6 tahun saya disini, banyak tempat yang telah saya kunjungi. (merantau di negeri orang rugi tak jalan-jalan)...Bila musin cuti, saya dan kawan-kawan ambil kesempatan la untuk menikmati keindahan alam. Di Sabah banyak tempat yang cukup semulajadi keindahannya. Jadi kalau sohabat sohabiah suka melancong, datangla ke negeri Sabah. Kalian tidak perlu risau tentang perjalanan ke sesuatu destinasi kerana pengangkutan di sediakan. Kos juga tak dela mahal sangat. memang berpatutan. Di sini saya senaraikan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati:-

1) Poring (terkenal dgn kolam air panas)
2) Simpang Mangayau (dikenali sebagai "Northernmost Tip of Borneo". salah satu tempat paling canti di Sabah)
3) Taman Pertanian Tenom (mempunyai pelbagai spesies tanaman)
4) Taman Hutan Hujan Sandakan (sebuah tapak yang penting untuk penyelidikan diversiti tumbuhan di Borneo)
5) Gunung Kinabalu (mempunyai ketinggian setinggi 4095 meter daripada aras laut)
6) Danum Velly (dikenali sebagai "The Lost World of Sabah")
7) Padas Rafting (test power untuk berkayak di sungai berkala III-IV)
8) Pulau Sipadan (satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air)
9) Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (pelancongan dan peyelidikan serta memberi peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semulajadinya)
10) Turtle Island Park (Penyu Pulau (Green Turtles) dan Penyu Karah/Penyu Sisik ( Hawksbill Turtles)yang datang bertelur di pantai pulau ini)
11) Labuk Bay Proboscis (kawasan pemeliharaan Monyet Belanda)

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di negeri Sabah...Untuk kalian mengetahui lebih lanjut tempat-tempat diatas bolehla kunjungi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah.

Read more...

Tahniah PM: King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama)

RIYADH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianugerahi anugerah tertinggi Kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini, pada Sabtu malam.

Upacara penganugerahan itu berlangsung di Conference Palace.

Terdahulu itu, Najib menghadap Raja Arab Saudi itu sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

“Saya amat berbesar hati dengan kesudian baginda memberi anugerah ini. Saya menganggap ini sebagai tanda hubungan erat yang terjalin antara Arab Saudi dan Malaysia,” katanya kepada media sebelum berlepas ke Abu Dhabi untuk lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Najib berkata, ini juga melambangkan potensi bagi kerjasama lebih luas yang boleh dijalin antara kedua-dua negara Islam bukan sahaja demi faedah bersama, juga bagi umat Islam keseluruhan.

Turut hadir pada majlis penganugerahan itu, :isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pemimpin lain yang pernah menerima anugerah itu, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Raja Abdullah, Najib berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi yang memberikan peluang kepada firma Malaysia mengambil bahagian dalam: pembangunan ekonomi Arab Saudi.

“Kita juga menghargai minat beberapa pihak di Arab Saudi untuk melabur di Malaysia, seperti PetroSaudi International Ltd yang menjalin usaha sama dengan 1Malaysia Development Bhd,” katanya:.

Najib berkata, entiti Malaysia yang memiliki dana besar boleh menimbangkan melabur di Arab Saudi dan mengambil bahagian, sebagai contoh, dalam pembangunan semula Kota Suci Makkah.

Sementara itu, Rosmah melawat Universiti Al Faisal di ibu negara Arab Saudi dan meluangkan masa di Yayasan Raja Faisal, difahamkan antara yayasan kebajikan terbesar di dunia. - Bernama

Read more...

Produk Adi Putra mengandungi steroid?

KUALA LUMPUR - Syarikat Aura Adi Enterprise tampil memberikan penjelasan berkaitan laporan rampasan produk kesihatan didakwa mengandungi bahan racun steroid oleh Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelmarin.

Jurucakapnya berkata, pengurusan syarikat milik kanak-kanak genius, Adi Putra Abdul Ghani, 10, yang dikendalikan ibunya, Serihana Elias, 35, itu amat kecewa dengan laporan media yang mengatakan produk Adi Putra tidak selamat digunakan tanpa mendapatkan penjelasan pihak syarikat.

Menurutnya, pihaknya menafikan dakwaan produk kesihatan keluaran syarikat Aura Adi Enterprise mengandungi dadah steroid seperti yang dilaporkan.

“Semua produk kesihatan daripada syarikat ini tidak mengandungi bahan terlarang dan ia disahkan melalui ujian makmal yang dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

”Ubat-ubatan keluaran Adi Putra tidak mengandungi dadah seperti yang didakwa dan semua pengguna yang mengambilnya tidak perlu bimbang,” katanya kepada Sinar Harian dalam kenyataan di sini, semalam.

Serihana berkata, syarikat Aura Adi Enterprise mempunyai dokumen bagi mengesahkan bahawa semua produk yang dikeluarkan syarikat itu selamat, bersih dan suci untuk fizikal serta mental.

Menurutnya, syarikat berkenaan mempertahankan produk kesihatan keluarannya dan sedia berdepan pihak berkenaan bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Ramai yang mengambil ubat Adi Putra, termasuk golongan kenamaan dan pelajar serta ia terbukti memberikan kepuasan hati kepada semua pengguna," katanya.

Read more...

Cara Membaca Cinta Suami Isteri

Jika pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam!!...

1) Isteri mencintai kita,biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suami. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini yang sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain dia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

2) Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara satu sama lain. Selalu berbincang, bergurau senda serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami istari selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

3) Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkahlaku yang lembut-lembut manja setiap hari. Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4) Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalunya mengucapkan sesuatu yang tenang cinta seperti 'sayang' atau 'I Love You' ataupun memanggil sesamanya nama-nama manja kesayangan.

5) Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya.Dia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "kamu tidak pandai mengurus badan" atau " kamu terlalu gemuk atau kurus" serta ungkapan-ungkapan lain.

6) Pasangan yang paling saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selaLu memberi pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.

7) Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudia pelukan itu disambut baik oleh isteri.

8) Setiap hasil dan kejayaan selalunya mereka alami dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah.

9) Seseorang pencinta biasanya seorang pendangar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap percakapan suaminya. Dia akan berbicara apabila diminta untuk membei cadangan.

10) Suami isteri sanggup menerima kekurangan masing-masing. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Dia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suaminya pandai mencari harta dan wang.

11) Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia sesama mereka. Tetapi selalu membahagiakan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

12) Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merungsingkan perasaan pasangannya. Mereka memahami perasaaan masing-masing. Misalnya ieteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga setika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

Read more...

Menerima Kelemahan Kawan (Organisasi)

Anda sakit hati dengan kelemahan rakan-rakan anda? Anda membenci rakan anda yang lemah? Hebat sangatkah anda?... Bagaimana mengatasi kelemahan orang lain?... di sini akhiidey kongsikan bersama anda. moga ia bermanfaat untuk semua.

1) Setiap Manusia Ada Kelebihan dan Kelemahan.
Tidak ada manusia di dunia ini yang sempurna dan terlepas daripada kelemahan. (suatu waktu dulu) mengapa peninju sehebat Mike Tyson tumbang hanya kerana wanita, pelumba sehebat Schumacher juara dunia 9 kali tewas kepada pelumba baru Alonso, terbaru Tiger Wood... Kelemahan pasti ada tetapi tidak semestinya ia menjadi punca kegagalan.

2) Saling Melengkapi.
Ibarat permainan Lego, ada yang besar, kecil, panjang dan lebar. Mereka saling melengkapi dan apabila disambung dengan cara tertentu ia boleh membentuk sebuah rumah, kereta, kapal terbang dan pelbagai bentuk menarik. Yang pasti, setiap serpihan kecil mempunyai peranan penting dan saling melengkapi. Begitu juga anda dan kawan-kawan anda, mungkin kelebihan anda dapat menampung kelemahan orang lain dan kelemahan anda hanya dapat ditampung oleh kawan yang anda 'pandang' rendah.

3) Hebat Sangatkah Anda?
Cuba fikir beberapa kali. Kalau tidak kerana AJK anda, anda sudah tentu tidak menjadi ketua biro bagi memimpin pasukan anda. Oleh itu, hargailah AJK dan kawan-kawan anda. Jangan anggap kelemahan kawan sebagai punca mereka diketepikan.

4) Anggap Kelemahan Sebagai Kelebihan.
Mungkin hanya anda sahaja yang melihatnya sebagai kelemahan. Hakikatnya tidak. Oleh itu, apa salahnya apabila anda memandang kelemahan kawan anda sebagai kelebihan. Bagaimana? Perhatikan tip seterusnya.

5) Letakkan di Tempat Yang Sesuai.
Ada kalanya seseorang itu menjadi lemah kerana meletakkannya di tempat yang salah. Contohnya kawan anda berkemahiran mencatat tetapi dia diletakkan sebagai bendahari. Mana mungkin dia dapat berfungsi dengan baik.Oleh itu, kelemahan dapat bertukar menjadi kelebihan apabila dia diletakkan di tempat yang sesuai.

6) Pertingkatkan Potensi.
Boleh jadi kawan anda berpotensi tetapi memerlukan masa mempertingkatkan kemahiran dirinya. Justeru, sebagai ketua biro anda perlu berbincang dan bekerjasama dengan presiden dan pengarah anda bagi meneroka dan mempertingkatkan potensi pemain. Mungkin seseorang itu dapat menjadi pengganti anda apabila anda sudah tiada.

7) Jauhi Sifat Bongkak.
Jangan mengamalkan sifat bongkak, sombong dan memperkecilkan orang lain. Kelemahan orang lain bukan alasan bagi anda menghina dan merandah-rendahkan orang lain.

8) Kelemahan Kawan Adalah Kelemahan Anda.
Apabila anda tidak dapat menerima kelemahan kawan anda di dalam pasukan, maka secara tidak langsung anda memperkecilkan kebolehaan anda sendiri. Mengapa? kerana anda adalah ketua biro yang sepatutnya memimpin biro bukan memperlekehkan AJK.

9) Anda Adalah Satu Pasukan.
Anda adalah satu pasukan, maka bekerjalah sepertimana sebuah pasukan. Sebuah pasukan ialah mereka yang saling lengkap-melengkapi, faham-memahami dan saling bantu menbantu.

sumber:resepi kejayaan untuk ketua biro

Read more...

kod rahsia telefon

akhiidey agak tertarik untuk berkongsi sesuatu dengan anda. sebelum ni akhiidey telah pun berkongsi tentang cara-cara nak pastikan samada telefon kita tu ori atau tak. sini..bila akhiidey sembang dgn kwn2, diorang macam mengiakan. sebab rata-rata handset kitaoang cpt rosak. bila check dan kenal pasti, boleh dikatakan betul jugala info tu. kalau korang nk tau, boleh la check. kali ni akhiidey nak kongsi tentang kod rahsia telefon. contoh *06# utk IMEI kan. banyak lagi kod2 yang perlu kita tau. akhiidey minta maaf sebab xpost kat sini. banyak,panjang sangat..apa2 pun korang klik, sedut kat bawah ni.
1) Motorola
2) GSM
3) Sony Ericsson
4) Samsung
5) Siemens (mungkin dah xde orang pakai model ni kot)
6) LG
7) Nokia

akhiidey tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kod2 berkenaan. sumber asal xdapat dinyatakan kerana maklumat ni dah lama dalam koleksi akhiidey. cuma sekarang baru dapat kongsi. i`m sori!!...

Read more...

Proses Kejadian Manusia...hebatkah kita?

Qiyamah [37] Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? [38] Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? [39] Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. [40] Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

lihatla proses kejadian manusia :
























Subhaanallah...Allahuakbar !betapa agongnya ciptaanMu Ya Allah!! aku MENGAKUI, MENYEDARI, MENGINSAFI BETAPA KERDILNYA DIRIKU...

Read more...

Harijadi Dato’ Siti Nurhaliza : Beg Tangan Louis Vuitton RM40,000

Sesuai dengan status beliau, Dato’ Siti Nurhaliza menerima sebuah beg berjenama Louis Vuitton sempena sambutan hari jadi’nya daripada suami tercinta, Datuk K.

Beg berharga RM40, 000 adalah erti sebenar kasih sayang Datuk K buat isteri tercinta. Kalau kita imbas kembali, tahun lepas Dato’ Siti Nurhaliza menerima sebuah jam tangan Richard Mille berharga RM200,000. Tahun sebelum’nya pula, beliau menerima kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000.

Secara kebetulan, nilai hadiah hari jadi Dato’ Siti Nurhaliza mengalami depreciation seiring dengan peningkatan usia Dato’ Siti Nurhaliza. Adakah pada tahun hadapan Dato Siti Nurhaliza akan mendapat hadiah yang bernilai kurang daripada RM40,000?

sumber : ohbulan

Read more...

Pokok ajaib..memang ajaib!!

RANTAU PANJANG – Pokok ajaib atau nama saintifiknya ‘synsepalum dulcificum’ atau nama lainnya ‘miraculous Berry’, ‘miracle fruit’, miracle berry atau ‘magic berry’, merupakan spesies Sapotaceae yang semakin dikenali di seluruh dunia termasuk Malay-sia.

Pemilik Syarikat Limau Purut Jaya Trading, Baharuddin Kamarulzaman, 36, berkata, pokok berkenaan adalah sejenis spesies pokok yang unik, bersesuaian dengan namanya yang dipercayai memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid apabila memakannya.

Menurutnya, buah yang berbentuk beri ini sebenarnya tawar tetapi setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.

“Bunganya kecil berwarna putih dan buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.

“Buah ini tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis secara automatik,” katanya yang merupakan pembekal utama anak pokok bunga dan pokok buah di seluruh Kelantan.

Baharuddin berkata, pokok tersebut boleh ditanam di dalam pasu yang besar dan ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika ditanam secara semula jadi (atas tanah).

Menurutnya, kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki dan menghasilkan buah sepanjang tahun jika dijaga dengan baik serta akan berbuah selepas lebih kurang empat tahun ditanam.

“Permintaan terhadap pokok ini, amat menggalakkan kerana ia senang ditanam dan dijaga, malah dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat deman, kencing manis, malaria, buasir, batuk dan sakit gigi.

“Pucuk muda jika diamalkan setiap hari, dipercayai boleh menjadi ubat mujarab kepada beberapa jenis penyakit, namun paling afdal dengan memakan buahnya,” katanya.

Menurutnya, sepohon pokok ini yang bersaiz lebih kurang enam kaki, dijual dengan harga RM450, manakala anak pokoknya pula antara harga RM10 hingga RM15 sahaja.

Read more...

IPTA dipersalahkan kerana menawarkan Ijazah Pendidikan (Sekolah Rendah)

Institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah),
memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah" katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di SMK Megat Dewa, dekat Jitra semalam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya, penyelarasan perlu ada antara kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA.

Katanya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah penempatan berkenaan demi masa depan graduan terbabit.

"Saya menerima satu senarai yang mengandungi nama 20 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memilih program berkenaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah]) dan ada di antara mereka masih menganggur walaupun sudah hampir setahun tamat belajar," katanya.

Sementara itu, mengenai isu pendaftaran sekolah bagi anak-anak warganegara asing, Mohd Puad berkata masih ramai ibu bapa tidak memahami serta keliru dengan peraturan yang telah ditetapkan KPM.

Beliau menjelaskan, bagi warganegara Myanmar atau Rohingya yang mempunyai permit pekerjaan di negara ini, mereka boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, tetapi mesti berpendapatan melebihi RM3,500 serta mempunyai dokumen yang sah dan dikenakan yuran sebanyak RM120 bagi sekolah rendah, manakala RM240 untuk sekolah menengah.

Katanya, bagi pelarian atau pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) pula, mereka tidak boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, manakala bagi rakyat asing yang berkahwin dengan warganegara ini, dokumen pengesahan daripada ketua kampung atau penghulu sudah mencukupi, tetapi masih perlu membayar jumlah yuran yang sama.

- Bernama

Read more...

25 kalimah larangan untuk bukan Islam

SHAH ALAM - Orang bukan Islam yang menggunakan s:ecara bertulis atau lisan 25 perkataan yang dilarang akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya terdapat aduan berhubung perkara itu.

“Setakat ini (di Selangor) tiada individu disabitkan di bawah enakmen itu dan keadaan ini berkemungkinan ada aduan tetapi kita tidak cukup bukti untuk buat sabitkan kesalahan.

“Tetapi kita akan jalankan siasatan lanjut dan kemukakan bukti jika ada menerima aduan mengenai penggunaan perkataan larangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2009, di sini, semalam.

Antara perkataan itu adalah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.

Mohamed Khusrin berkata, gesaan itu dibuat untuk memberi peringatan kepada bukan Islam supaya menghormati agama Islam.

“Kita harap mereka tidak akan guna pakai perkataan-perkataan yang telah disenaraikan itu dalam apa juga keadaan sama ada percakapan atau penulisan dalam mana-mana penerbitan bukan Islam,” katanya.

Katanya, di Pahang terdapat satu (1) kes mengenainya telah dibicarakan dan disabitkan kesalahan.

“Enakmen ini juga telah diguna pakai oleh 10 negeri termasuk Selangor dan Pahang dan perkara ini perlu untuk memberi penjelasan kepada bukan Islam agar menghormati dan menjaga keharmonian Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khusrin berkata bukan Islam juga turut dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.

Read more...

Mendengar al-Quran Dapat Meningkatkan iQ

Ternyata Al-Qur’an dapat merangsang tingkat inteligensia (IQ) anak, yakni ketika bacaan ayat-ayat Kitab Suci itu diperdengarkan dekat mereka. Dr. Nurhayati dari Malaysia mengemukakan hasil penelitiannya tentang pengaruh bacaan Al-Qur’an dapat meningkatkan IQ bayi yang baru lahir dalam sebuah Seminar Konseling dan Psikoterapi Islam sekitar tujuh tahun yang lalu. Dikatakannya, bayi yang berusia 48 jam saja akan langsung memperlihatkan reaksi wajah ceria dan sikap yang lebih tenang. Penulis pun mempunyai seorang keponakan yang lahir tahun 2002. Entah ada kaitan dengan dengan argumentasi di atas, yang jelas sebelum umurnya satu tahun, ia sering baru bisa tidur bila di sampingnya diperdengarkan suara orang mengaji melalui tape recorder.

Seperti diketahui, dengan mendengarkan musik, detak jantung bayi menjadi teratur. Malah untuk orang dewasa akan menimbulkan rasa cinta. Hanya arahnya tidak tentu. Sedangkan Al-Qur’an, selain itu, sekaligus menimbulkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta. Jadi, bila bacaan Al-Qur’an diperdengarkan kepada bayi, akan merupakan bekal bagi masa depannya sebagai Muslim, dunia maupun akhirat.

Dalam musik terkandung komposisi not balok secara kompleks dan harmonis, yang secara psikologis merupakan jembatan otak kiri dan otak kanan, yang output-nya berupa peningkatan daya tangkap/konsentrasi. Ternyata Al-Qur’an pun demikian, malah lebih baik. Ketika diperdengarkan dengan tepat dan benar, dalam artian sesuai tajwid dan makhraj, Al-Qur’an mampu merangsang syaraf-syaraf otak pada anak.

Ingat, neoron pada otak bayi yang baru lahir itu umumnya bak “disket kosong siap pakai”. Berarti, siap dianyam menjadi jalinan akal melalui masukan berbagai fenomena dari kehidupannya. Pada gilirannya terciptalah sirkuit dengan wawasan tertentu. Istilah populernya apalagi kalau bukan “intelektual”. Sedangkan anyaman tersebut akan sernakin mudah terbentuk pada waktu dini. Neoron yang telah teranyam di antaranya untuk mengatur faktor yang menunjang kehidupan dasar seperti detak jantung dan bernapas. Sementara neoron lain menanti untuk dianyam, sehingga bisa membantu anak menerjemahkan dan bereaksi terhadap dunia luar.

Selama dua tahun pertama anak mengalami ledakan terbesar dalam hal perkembangan otak dan hubungan antar sel (koneksi). Lalu setahun kemudian otak mempunyai lebih dari 300 trilyun koneksi, suatu kondisi yang susah terjadi pada usia dewasa, terlebih usia lanjut. Makanya para pakar perkembangan anak menyebut usia balita sebagai golden age bagi perkembangan inteligensia anak.

Memang bila orangtua tidak memanfaatkan kesempatan ini dengan jalan membantu dari belakang, maka tetap tidak akan mempengaruhi kemampuan otak anak dalam menganyam neoron, karena kesempatan untuk memperkuat koneksi otak terbuka luas selama masa anak-anak. Tetapi tentu akan semakin baik bila orangtua pun ikut aktif membantu.

Otak telah tumbuh jauh sebelum bayi lahir. la telah mulai bekerja yang hasilnya merupakan benih penginderaan berdasarkan prioritas. Umumnya pendengaran lebih dulu. Jadi, selama masa itu penting sekali untuk selalu menghadirkan lingkungan kondusif dan baik bagi perkembangan otaknya. Hilangnya lingkungan ini hanya akan membuat otak menderita dan menganggur yang gilirannya mempengaruhi tingkat kecerdasannya.

Dalam kaitan upaya meningkatkan pribadi Muslim, seyogyanya bayi sudah diperdengarkan bacaan Al-Qur’an sejak dalam rahim. Jadi, bila ada anjuran kepada ibu-ibu hamil untuk rajin membaca Al-Qur’an menjelang bersalin, itu ada dasar ilmiahnya juga. Makin baik dan benar bacaan itu, termasuk lagunya, makin baik hasilnya. Tujuannya tentu saja bukan mengajak bayi memahami substansi atau makna kandungan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi memperkuat daya tangkap/konsentrasi otak bayi. Sehingga akan semakin mudahlah ia menghafal ayat-ayat Al-Qur’an beserta terjemahannya ketika sudah memasuki masa belajar.

http://layananquran.com/index.php?option=com_content&task=view&id=100&Itemid=61

Read more...

Statistik: 699,578 Pelancong ke Kelantan...

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 4.85 peratus iaitu menerima seramai 699,578 pada tahun 2009 dari bulan Januari hingga September berbanding sejumlah 667,205 ketibaan pengunjung bagi tempoh sama pada tahun 2008.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, purata penginapan di hotel dan resort di seluruh Kelantan bagi sembilan bulan pertama tahun 2009 ialah 4.85 peratus.

Menurutnya, keunikan Kelantan yang kaya dengan khazanah alam semula jadi dan warisan sejarah, kebudayaan serta kesenian tradisional amat bernilai itu menjadi salah satu tarikan kepada pelancong.

“Kelantan sangat unik dan serba ada serta pertambahan jumlah kehadiran pelancong ini satu trend yang positif. Secara peribadinya saya melihat ramai pelancong antarabangsa mahupun dalam negara tertarik untuk mengunjungi Kelantan,” katanya semalam sempena Majlis Dialog Menteri Pelancongan Bersama Penggiat Industri Pelancongan Kelantan di sini, kelmarin.

Kira-kira 200 penggiat industri pelancongan negeri menyertai sesi dialog diadakan di Bangunan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Kelantan.

Ng berkata, pada tahun 2008 seramai 58,838 pelancong antarabangsa memilih untuk singgah di Kelantan dan pada tahun lepas sejumlah 67,702 yang mengunjungi negeri ini.

Menurutnya, terdapat sebanyak 69 hotel, resort dan chalet di seluruh negeri Kelantan pada tahun lalu serta melibatkan sebanyak 3,598 bilik penginapan dan ia juga menjadi penyumbang kepada kehadiran pelancong.

“Dalam pada itu, kajian mendapati berlakunya penurunan jumlah kunjungan pelancong bagi beberapa negara termasuk Malaysia berikutan berlakunya penularan wabak Influenza A baru-baru ini.

“Bagaimanapun Malaysia menunjukkan trend positif dengan kunjungan pelancong seramai 19 juta (sehingga Mei) dan kerjasama yang ditunjukkan daripada semua pihak menunjukkan negara ini mencapai 23.65 juta pengunjung dan melebihi sasaran awal iaitu sejumlah 19 juta sahaja,” katanya.

Sebelum itu beliau juga turut melawat Pasar Kubang Pasu yang juga adalah tumpuan penjual secara kecil-kecilan menjual pelbagai makanan tradisional.

“Hasrat saya adalah untuk menjadikan lokasi ini sebagai Pusat Makanan untuk Kota Bharu, memanglah Pasar Siti Khadijah sudah menjadi ikon bagi negeri ini.

“Saya perhatikan gerai-gerai yang ada juga tidak diletakkan nama dan kita bercadang supaya mereka ini lebih kreatif untuk mempersembahkan produk masing-masing,” katanya.

Read more...

Planet Marikh dikesan ada pokok


IMEJ yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan barisan 'pokok' yang sebenarnya serpihan tanah runtuh di Planet Marikh.


CAPE CANAVERA - Sebuah kapal angkasa peninjau milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Angkasawan (NASA) merakamkan imej mirip pokok di planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, NASA menyatakan, 'pokok' itu sebenarnya serpihan tanah runtuh semasa ais mencair pada musim bunga di Marikh.

Imej itu menunjukkan deretan-deretan berbentuk kon yang bercambah dari beting pasir dan bukit bukau di permukaan planet tersebut tetapi pemandangan itu sebenarnya ilusi mata.

Gambar tersebut menunjukkan beting pasir yang dilitupi lapisan nipis karbon dioksida beku atau ais kering yang terletak kurang dari 384 kilometer dari kutub utara Marikh.

"Deretan pokok itu sebenarnya timbunan pasir yang terkumpul di kaki beting pasir.

"Pada masa ini, permukaan planet itu dilitupi lapisan kabut karbon dioksida," kata seorang saintis NASA Candy Hansen. - Agensi

Read more...
Related Posts with Thumbnails
sekadar berkongsi...ebook,pdf,software,video,mp3...
PENAFIAN: Laman blog akhiidey tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hakcipta Terpelihara @ 2009

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP