aHLaN waSAhLan...seLaMaT daTaNg kE bLOg aKHiiDeY...tERima kaSiH keRaNa sUDi kuNJuNgi aKHiiDEy...
Oleh kerana terdapat permintaan, maka mulai Februari 2010, akhiidey telah menyediakan ruangan mencari kerja bagi setiap negeri. Mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja. Sekiranya anda mempunyai cadangan boleh emailkan akhiidey di sipitang_gata@yahoo.com.my klik (yahoo)
akhiidey menawarkn beberapa barangan, produk untuk pengunjung blog ni. Mungkin ada barangan,produk yang sedang anda cari. Kalau berminat, kita boleh ejah,wak kiro,sms,email@yang best akhiidey jumpa dgn anda(area daerah bachok klate dan sipitang sabah saja yer!!). Dibawah ni boleh la anda klik,tengok;
Jersi World Cup 2010 dan Jersi Kelab
Kayu Tas dan Raja Kayu
Produk Halia Yusmira Trading
Pakaian adidas dan nike
Gelang mutiara, kristal, loket rantai, butang baju lelaki&seumpamanya...
Kain Pasang Perempuan
Kain Batik Perempuan
Baju Batik lelaki




Hujan semasa solat Istisqa

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

Read more...

SMKA Tok Bachok terbaik Kelantan dalam SPM

BACHOK - Kejayaan cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok yang turut mendahului 17 sekolah terbaik lain di Kelantan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam di luar jangkaan.

Pegawai Pelajaran Daerahnya, Ab Aziz Abdullah berkata, kecemerlangan yang dikecapi sekolah berkenaan sehingga mencapai tahap tertinggi di negeri ini itu tidak pernah dijangka malah mengejutkan semua pihak.

“Memang kita tidak jangka, dan alhamdulillah, peningkatan yang dicapai semua sekolah di PPD ini juga di luar jangkaan.

“Saya percaya semua ini berkat kesungguhan para pengetua, penolong kanan, guru- guru yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan ini, selain ibu bapa yang dan Persatuan Ibu Bapa yang sentiasa berada di belakang PPD dan sekolah," katanya.

Ab Aziz berkata, SMKA Tok Bachok memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.46, di mana merupakan yang tertinggi di peringkat Negeri Kelantan dengan PPD berkenaan.

Menurutnya, keputusan yang diumumkan semalam, seramai 19 dari 3056 calon berjaya mencapai A keseluruhan bagi semua mata pelajaran diambil berbanding lima dari 3076 pada 2008.

Katanya, pencapaian GPS PPD juga meningkat iaitu 5.02 berbanding 5.43 tahun 2008 mengatasi GPS negeri 5.26 dan nasional 5.34, dan angka ini tidak pernah dicapai PPD sebelum ini.

“Peratus kelulusan pada tahun ini juga meningkat iaitu dari 93.66 tahun 2008 kepada 94.40 tahun 2009, di mana melepasi peratus kelulusan negeri (94.02) dan nasional (90.80)," katanya.

Menurutnya, sebanyak tiga sekolah di Bachok tersenarai dalam 18 sekolah terbaik SPM di Kelantan termasuk SMKA Tok Bachok, Sekolah Menengah Dato’ Perdana dan Sekolah Menengah Teknik Bachok.

“Mengikut NKRA ada empat kategori pencapaian sekolah iaitu cemerlang, baik, memuaskan dan berpotensi, dan SMKA Tok Bachok ini termasuk dalam kategori pencapaian sekolah cemerlang," katanya.

Ab Aziz berkata, selain itu keberkesanan ‘Head Count’ yang dilaksanakan di semua sekolah di PPD ini juga ternyata membuahkan hasil membanggakan.

Menurutnya, ibu bapa dan PIBG turut memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus mencipta kejayaan dalam pelajaran mereka.

Read more...

Myvi model terbaru bakal dikeluarkan


MUKHRIZ (kiri) dan Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin menunjukkan nombor Viva 200,000 di Kilang Pengeluaran Perodua, Rawang semalam.


RAWANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bakal memperkenalkan model Myvi diperbaharui dalam usaha mempelbagaikan lagi varian kereta popular rakyat Malaysia itu di pasaran.

Tanpa mengulas lanjut mengenainya, Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, pengenalan model terbaru itu dijangka dilaksanakan menjelang bulan Jun ini.

Menurutnya, model kereta kompak yang dilancarkan sejak lima tahun lalu itu masih menerima maklum balas positif daripada pasaran.

"Setiap bulan kami menerima tempahan di antara 8,000 sehingga 9,000 unit dan kami akan terus menjual model itu sehingga tiba masa sesuai untuk menggantikannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir ke kilang Perodua di sini semalam.

Tambah beliau, hampir 91,000 unit Myvi telah didaftarkan pada tahun lalu.

Read more...

Hilangnya seorang ahli cendiakawan dunia Islam...




KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.

Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya.

Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung.

Menurut seorang anak lelakinya, Amr tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.

"Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah," katanya.

Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.

Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

"Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, " kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.

Ulama yang bercakap dengan nada lembut itu dan mempunyai janggut yang dinipiskan kerap dilihat memakai serban tradisi Universiti Al-Azhar yang berwarna putih.

Beliau merupakan tokoh yang kontroversi di Mesir.

Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.

Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.

Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.

"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.

Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.

Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.

Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.

Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.

Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."

Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.

Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.

Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.

Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.

Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.

Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.

Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar. - AFP

Read more...

pakat sokong cuti bersalin 90 hari

KUALA LUMPUR - Satu juta tandatangan dicari sebagai menyokong kempen Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) untuk menambah cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Kempen yang dinamakan 90 Hari Untuk Ibu itu dilancarkan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2010 di ibu pejabat Nube di Jalan Semantan di sini semalam.

Presiden NUBE, Tan Eng Hong berkata, pengumpulan sejuta tandatangan daripada orang ramai tanpa mengira institusi pekerjaan diharapkan agar cuti sedia ada dalam Akta Kerja 1955 dikaji semula.

Read more...

jom pakat fikir..

10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.

Read more...
Related Posts with Thumbnails
sekadar berkongsi...ebook,pdf,software,video,mp3...
PENAFIAN: Laman blog akhiidey tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hakcipta Terpelihara @ 2009

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP