aHLaN waSAhLan...seLaMaT daTaNg kE bLOg aKHiiDeY...tERima kaSiH keRaNa sUDi kuNJuNgi aKHiiDEy...
Oleh kerana terdapat permintaan, maka mulai Februari 2010, akhiidey telah menyediakan ruangan mencari kerja bagi setiap negeri. Mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja. Sekiranya anda mempunyai cadangan boleh emailkan akhiidey di sipitang_gata@yahoo.com.my klik (yahoo)
akhiidey menawarkn beberapa barangan, produk untuk pengunjung blog ni. Mungkin ada barangan,produk yang sedang anda cari. Kalau berminat, kita boleh ejah,wak kiro,sms,email@yang best akhiidey jumpa dgn anda(area daerah bachok klate dan sipitang sabah saja yer!!). Dibawah ni boleh la anda klik,tengok;
Jersi World Cup 2010 dan Jersi Kelab
Kayu Tas dan Raja Kayu
Produk Halia Yusmira Trading
Pakaian adidas dan nike
Gelang mutiara, kristal, loket rantai, butang baju lelaki&seumpamanya...
Kain Pasang Perempuan
Kain Batik Perempuan
Baju Batik lelaki




Tiga politeknik bertaraf universiti

PUTRAJAYA - Tiga buah politeknik akan dinaik taraf mulai tahun depan bagi membolehkan politeknik berkenaan menyediakan kursus diploma lanjutan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, penaikan taraf tiga institusi tersebut adalah bagi memantapkan sektor teknikal dan vokasional melalui lonjakan peranan dalam menghasilkan graduan yang lebih bermutu sebelum dinaik taraf menjadi universiti.

"Kalau kita lihat di luar negara sudah ada politeknik diiktiraf dan menyediakan kursus di peringkat lebih tinggi daripada diploma. Ini memandangkan sistem politeknik penting untuk meningkatkan sektor teknikal dan vokasional di negara ini.

"Kementerian juga tidak mahu pendidikan di politeknik hanya tersekat sehingga di tahap diploma sahaja malah politeknik juga akan dijadikan sebagai pusat Penyelidikan dan Pembangunan," katanya selepas Perhimpunan Bulanan kementerian itu dan pelancaran buku Pembangunan Pelajar: Memperkasakan Kokurikulum di sini semalam.

Menurut Mohamed Khaled, pengumuman mengenai pemilihan tiga buah politeknik itu akan dilakukan dalam masa terdekat selepas proses saringan kesemua 27 buah politeknik seluruh negara bagi menentukan politeknik yang paling layak.

Dalam perkembangan lain, Khaled turut menggesa semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengambil insurans berkelompok buat para pelajarnya supaya bantuan yang wajar dapat diberikan sekiranya berlakunya kejadian yang tidak diingini.


sumber:kosmo

Read more...

Jadual waktu anjal tingkat keberkesanan pengajaran guru

PELAKSANAAN jadual waktu anjal antara perubahan utama dilakukan Sekolah Menengah (SM) Jalan Bayam, Kelantan pada 1994 bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) memfokuskan murid.

Menerusi projek Anjakan Paradigma dilancarkan Pengarah Pendidikan Kelantan ketika itu, Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin, pendekatan berbeza itu dilaksana berikutan autonomi terbimbing diberikan kepada pengetua.

Pengetua SM Jalan Bayam waktu itu, Razali Mohamad, menerajui usaha melonjak pencapaian sekolah berkenaan yang kini dikenali sebagai SM Dato’ Ahmad Maher.

Dengan jadual anjal, katanya, guru tidak tertakluk penetapan masa 40 minit bagi satu slot pengajaran seperti amalan sekarang, sebaliknya menetapkan berapa masa diperlukan bagi mengajar sesuatu topik hingga semua pelajar memahami konsep berkaitan.

Beliau memberi contoh bagi pengajaran topik diagram subjek Matematik dan penulisan esei bahasa Inggeris, guru dibenarkan mengambil dua atau tiga masa lebih daripada asal kerana tajuk sukar seumpama itu memerlukan waktu pelajar memahami konsepnya.

“Pelaksanaan jadual anjal tidak menyebabkan sukatan pelajaran gagal dihabiskan kerana pelaksanaannya disokong pendekatan pembelajaran rakan sebaya dan terbimbing.

“Menerusi dua pendekatan ini, pelajar membuat persediaan sebelum hadir kelas dengan mendapatkan maklumat berkaitan menerusi pembacaan atau perbincangan dengan rakan.

“Seterusnya membuat catatan atau pembentangan projek mengenainya. Pendekatan ini hanya memerlukan guru membimbing pelajar memahami topik berkaitan dalam kelas,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Razali berkata, pendekatan itu memberi lebih kepuasan kepada guru kerana diberi peruntukan masa cukup bagi melaksanakan pengajaran, malah menggalakkan pelajar lebih berdikari dan seronok mengikuti kelas.

Pendekatan menghukum pelajar yang kurang cemerlang akademik, katanya, tidak digunakan langsung di sekolah itu, sebaliknya mereka dibenarkan mengulang peperiksaan hingga mencapai keputusan A atau B.

“Kali pertama mengulang, pelajar lemah dibenarkan menjalani peperiksaan ‘open book’ dan jika masih gagal mendapat A atau B, mereka duduki peperiksaan lagi dengan bimbingan guru hingga mencapai tahap ditetapkan.

“Pendekatan ini secara tidak langsung menimbulkan keyakinan pelajar bahawa mereka boleh melakukannya dengan usaha lebih gigih,” katanya.

Bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar, Razali kerap menganjurkan latihan dalaman bagi guru memantapkan p&p menggunakan pendekatan baru itu.

Katanya, untuk membawa pembaharuan dan kemajuan sekolah, pengetua perlu merintis perubahan itu dengan mewujudkan perancangan strategik yang boleh merangsang daya kreativiti guru.

“Dengan adanya perancangan sistematik, perasaan takut sering jadi halangan warga sekolah mencapai kemajuan dapat dihapuskan kerana jika ia dilaksana dengan tepat pasti mencapai matlamat ditetapkan,” katanya.

Antara kejayaan sekolah itu ketika diterajui Razali, muncul Johan Sekolah Harapan Negara Kategori Bandar peringkat Kelantan pada 1994 dan Johan Anugerah Guru Inovatif Berkumpulan Peringkat Kebangsaan tahun berikutnya.


sumber: berita harian

Read more...

Panduan Bijak Berbelanja

Kenaikan harga barangan kini adalah ekoran kenaikan harga minyak. Kita tidak dapat lari daripada merasa terbeban akibat keniakna harga ini. Para pengguna perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang ini terhadap pendapatan.

shopping_fom_50308

Buat senarai sebelum berbelanja

Bijak Berbelanja

* Buat senarai sebelum berbelanja
* Bandingkan harga barang sebelum membeli
* Membeli setelah tawar-menawar
* Beli bahan tidak mudah rosak secara nafsu
* Amalkan sikap berjimat-cermat


Bijak Makan

* Tanam sayur-sayuran dan buah-buahan
* Makan buah-buah pada musimnya
* Hentikan tabiat merokok
* Sediakan bekalan untuk ke sekolah/pejabat
* Jimatkan makanan berlebihan daripada membuangnya
* Kurangkan makan di luar masak sendiri di rumah


Bijak Pakai

* Jangan terlalu terpengaruh dengan feyen terkini
* Jangan hanya membeli pakaian berjenama
* Kitar semula pakaian lama
* Guna kain lampin dan bukan lampin pakai buang


Bijak Berhibur/Bercuti

* Melayan rakan-rakan di rumah
* Pilih kaedah pengangkutan paling murah
* Bercuti di luar musim puncak
* Bercuti dalam negara


Bijak Guna Tenaga

* Tutup lampu, kipas dan pendingin udara apabila tidak digunakan
* Jangan pastikan peti sejuk terlalu dingin
* Perbaiki kebocoran paip
* Amalkan kitar semula
* Kumpul air hujan untuk kegunaan harian


Bijak Atur Perbelanjaan

* Selaraskan enjin dengan betul
* Pastikan tekanan tayar sesuai
* Memandu pada kelajuan konsisten
* Berjalan bagi jarak perjalanan yang dekat
* Gunakan pengangkutan awam

Sebagai pengguna, kita harus bertindak bijak dalam berbelanja untuk meminimumkan kesan kenaikan harga terhadap kos sara hidup.


Sumber Maklumat: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Read more...

jadual gaji tahun 2010 dah keluar!!

Read more...

'Mas kahwin tinggi, bimbang ramai anak dara tua'


Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

"Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

"Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu," katanya.

Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu. BERNAMA

Read more...

Makanan Tradisional Kelantan

Jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.

Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini.


Nasi Kerabu Ayam Percik

Laksam Etok


Budu Rojak Buah


Akok Tahik Itik



Read more...

Mas kahwin Selangor RM300

SHAH ALAM - Setiap pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Selangor mulai tahun 2010 bakal dikenakan bayaran mas kahwin sebanyak RM300.



Sebelum ini, kadar mas kahwin di negeri itu hanya RM80 bagi anak dara manakala RM40 untuk golongan janda.

Mulai tahun depan, tiada lagi perbezaan untuk kadar mas kahwin sama ada untuk yang berstatus anak dara atau janda apabila kadarnya ditetapkan sama.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, kadar mas kahwin baru itu berkuat kuasa 1 Januari dan kenaikan dibuat bagi menyelaras semula kadar mengikut perkembangan ekonomi semasa kerana ia tidak pernah dikaji sejak tahun 1978.

"Kadar baru mas kahwin ini telah mendapat persetujuan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam negeri.

"Bagaimanapun, kita jangka kadar baru ini tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kerana jumlahnya adalah munasabah," katanya kepada selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar di sini semalam.


sumber:kosmo 11/12/09


Read more...
Related Posts with Thumbnails
sekadar berkongsi...ebook,pdf,software,video,mp3...
PENAFIAN: Laman blog akhiidey tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hakcipta Terpelihara @ 2009

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP