aHLaN waSAhLan...seLaMaT daTaNg kE bLOg aKHiiDeY...tERima kaSiH keRaNa sUDi kuNJuNgi aKHiiDEy...
Oleh kerana terdapat permintaan, maka mulai Februari 2010, akhiidey telah menyediakan ruangan mencari kerja bagi setiap negeri. Mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja. Sekiranya anda mempunyai cadangan boleh emailkan akhiidey di sipitang_gata@yahoo.com.my klik (yahoo)
akhiidey menawarkn beberapa barangan, produk untuk pengunjung blog ni. Mungkin ada barangan,produk yang sedang anda cari. Kalau berminat, kita boleh ejah,wak kiro,sms,email@yang best akhiidey jumpa dgn anda(area daerah bachok klate dan sipitang sabah saja yer!!). Dibawah ni boleh la anda klik,tengok;
Jersi World Cup 2010 dan Jersi Kelab
Kayu Tas dan Raja Kayu
Produk Halia Yusmira Trading
Pakaian adidas dan nike
Gelang mutiara, kristal, loket rantai, butang baju lelaki&seumpamanya...
Kain Pasang Perempuan
Kain Batik Perempuan
Baju Batik lelaki




Info menarik: jom kita fikirkannya

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial dinasihatkan supaya tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kerdit, pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.


FACEBOOK yang mendakwa memiliki 350 juta pengguna kini menyimpan sepuluh bilion gambar pengguna laman web tersebut.

PENGGUNAAN Internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula mengubah cara hidup mereka.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012.

Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia pula telah mencatat sebanyak 66 peratus pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3 peratus dan 68 peratus.

Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia.

Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya.

Facebook yang mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial tersebut.

Impak pada masyarakat

Berdasarkan statistik dari sumber Alexa dan Google Ad Planner, laman rangkaian sosial Facebook telah dikunjungi oleh kira-kira 6.2 juta pengguna Internet di Malaysia dan kira-kira 4.2 juta pula mengunjungi laman Friendster.

Rangkaian sosial interaktif MySpace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna Internet di Malaysia manakala Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung.

Walaupun fenomena rangkaian sosial global yang popular seperti Facebook telah mula menembusi pasaran dunia, terdapat juga beberapa aplikasi rangkaian sosial tempatan yang menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatan yang aktif digunakan seperti eKawan, Ruumz, GoEatOut, Circles99, FriendX, eMeiMei serta Pacmee.

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial menyediakan ruang bagi penggunanya untuk meletakkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon dan maklumat penting yang lain.

Ciri asalnya bertujuan membantu memudahkan pengguna satu-satu perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung telah secara tidak langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Laporan yang dikeluarkan oleh Sumber Media, Markmonitor bagi suku pertama tahun 2009 menunjukkan peningkatan hampir 240 peratus terhadap serangan phishing di Amerika Syarikat (AS) yang ditujukan terhadap perkhidmatan rangkaian sosial.


LAMAN sosial Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung.


Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Markmonitor, Frederick Felman, serangan phishing itu merupakan salah satu inovasi terbesar. Perkhidmatan rangkaian sosial menjadi sasaran utama penggodam Internet lantaran ia menyimpan banyak maklumat peribadi pengguna yang sangat bernilai.

Setiap maklumat peribadi tersebut dikatakan boleh dijual di pasaran gelap pada harga AS$1 (RM3.80).

Selain itu, syarikat perisian antivirus F-Secure turut melaporkan tentang peningkatan risiko perisian berbahaya (malware) dalam perkhidmatan rangkaian sosial berikutan peningkatan serangan sebanyak 100 peratus pada tahun 2007.

Terdapat juga perisian berbahaya yang menyamar seperti tampalan keselamatan (security patch) untuk memperdayakan pengguna perkhidmatan rangkaian sosial agar memuat turun dan memasangnya.

Hampir kesemua aplikasi rangkaian sosial tidak memiliki kaedah untuk mengesahkan umur sebenar setiap penggunanya, melainkan dinyatakan secara sukarela oleh golongan pengguna yang mendaftarkan diri.

Ini mendedahkan golongan kanak-kanak kepada risiko masalah fidofilia iaitu salah laku seksual antara golongan dewasa dan kanak-kanak. Ia berlaku apabila pengguna dewasa boleh menyamar sebagai kanak-kanak dan menjalin hubungan dengan mereka.

Kebanyakan aplikasi rangkaian sosial membenarkan pengguna meninggalkan komen pada catatan atau gambar pengguna lain. Kemudahan itu telah membuka ruang berlakunya kejadian buli dan gangguan siber.

Keselamatan

Kegilaan pengguna Internet, terutamanya golongan remaja, terhadap aplikasi rangkaian sosial telah menjadi sesuatu yang membimbangkan. Misalnya, seorang gadis berusia 17 tahun di Romania yang galak menggunakan aplikasi rangkaian sosial Twitter telah terbunuh akibat kejutan elektrik ekoran menggunakan komputer ribanya ketika berendam di bilik mandi.

Aplikasi rangkaian sosial turut dikatakan menjadi penyumbang kepada pelbagai masalah disiplin terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak yang menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan komputer.

Budaya itu akan membawa kepada masalah kesihatan mata, postur badan disebabkan kedudukan yang tidak ergonomik dan sebagainya.

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial perlu sentiasa peka dan mengambil langkah keselamatan seperti tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kredit, nombor pin, kata laluan pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya di mana-mana aplikasi rangkaian sosial.




Selain itu, setiap pengguna juga perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial.

Pengguna perkhidmatan rangkaian sosial diingatkan agar tidak mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali. Ini boleh membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penipuan.

Pengguna juga dinasihatkan agar tidak sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali.

Fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial (sekiranya ada) yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu daripada melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan.

Hati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.

Read more...

Mengungkit Terungkit: Zaman Dr Mahathir RM126b, zaman Pak Lah RM270b

Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.

Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Abdullah, yang popular dipanggil Pak Lah.

Read more...

Hebatnya dia..bakal jadi warisan dunia pulok tu!!

PASIR PUTEH - Jabatan Warisan Negara ketika ini menunggu pengesahan sebagai anggota Convention Of Heritage UNESCO bagi membolehkan dua warisan tidak ketara negara iaitu wayang kulit Kelantan dan gasing diiktiraf sebagai warisan dunia.

Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara Jabatan Warisan Negara, Siri Neng Buah berkata, usaha sedang dilakukan bagi memperkenalkan kedua-dua warisan itu di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, wayang kulit Kelantan tidak menyamai mana-mana wayang kulit yang terdapat di beberapa negara lain seperti Thailand, Vietnam dan Turki dan ia memberi kelebihan untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

“Wayang kulit kita mempunyai nilai tradisi tinggi dengan watak tersendiri seperti Pak Dogol dan Wak Long, walaupun berpaksi kepada cerita Seri Rama.

“Keunikannya memberi kelebihan untuk diterima UNESCO sebagai warisan dunia, begitu juga dengan permainan gasing uri atau kini lebih dikenali sebagai gasing terbang yang mula menarik perhatian orang luar,” katanya.

Bagaimanapun katanya, negara terpaksa menunggu antara dua hingga tiga tahun untuk mendapat pengiktirafan yang bermakna itu.:

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Gasing Uri Negeri Kelantan (PGUNK) Kali Ke 3/2009 di tapak menguri gasing, Kampung Wakaf Raja, dekat sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi PGUNK, Datuk Wan Mohd Najib Wan Mohamad.

Siri berkata, negara berbangga apabila permainan Mak Yong diiktiraf UNESCO sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity pada tahun 2005.

Katanya, berikutan itu, jabatan meluluskan peruntukan sebanyak RM146,000 bagi membangunkan permainan Mak Yong di Kelantan dan Terengganu.

Siri berkata, usaha sedang dilakukan bagi membolehkan batik negara ini diiktiraf sebagai warisan dunia walau dalam masa sama Indonesia juga berusaha mendapatkan pengiktirafan serupa.

“Kita berbangga apabila Batu Bersurat berusia lebih 700 tahun dijadikan warisan dunia tahun ini kerana ia merupakan bukti awal penggunaan tulisan jawi.

“Batu bersurat yang ditemui seseorang dalam sungai sekitar tahun 1303 yang menceritakan perihal penguatkuasaan undang-undang Islam di ‘Benua Terengganu’ itu cukup berharga kepada kita, ia lebih bermakna apabila diiktiraf sebagai warisan dunia,” katanya.

Read more...

Pelik,kecewa kes enjin jet hilang xde dalam laporan audit!


KUANTAN – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.
Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

“Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

“Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.

Read more...

Skim khairat kematian di Kedah. Untungnya dia!!

ALOR SETAR- Skim bantuan khairat kematian atau Kifalah kepada rakyat miskin semua kaum di Kedah akan diperkenalkan bermula Januari tahun depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, mereka yang layak akan menerima RM500 tetapi mereka perlu terlebih dahulu didaftar dalam senarai e-Sinar iaitu senarai rakyat miskin kerajaan negeri.

"Skim kifalah diperkenalkan untuk membantu meringankan beban golongan miskin terutama bagi menguruskan jenazah sekiranya terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu, bapa atau anak mereka meninggal dunia.

"Bantuan akan diberikan berdasarkan laporan penghulu dan wakil rakyat serta senarai e-Sinar, sebab kalau tidak, semua orang akan mengaku dia susah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Azizan berkata, satu unit khas di bawah perbendaharaan negeri akan ditubuhkan bagi menguruskan pelaksanaan skim berkenaan.-Bernama

Read more...

75 pelajar M'sia selamat gempa di Padang

Gempa bumi terbaru berlaku di Padang Sumatera Barat, dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter (SR) padajam 8.11 pagi.

Bagaimanapun, Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia mengesahkan bahawa kesemua 75 pelajar Malaysia selamat.

Pengarahnya, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi para pemimpin pelajar Malaysia di Universitas
Andalas di sana dan mendapat pengesahan bahawa semua pelajar yang masih berada di Padang adalah selamat.

"Kita ada 75 pelajar di sana sekarang manakala bakinya kira-kira 70 orang lagi sedang bercuti di Malaysia.

'Mereka masih berada di rumah ketika kejadian dan sempat menyelamatkan diri ke luar rumah setelah merasakan goyangan gempa yang agak kuat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, semua pelajar itu meneruskan kuliah dan latihan praktikal mereka seperti biasa hari ini kerana tidak ada kerosakan harta benda akibat kejadian itu.

Data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu terjadi pada jam 8.11 pagi, dengan pusatnya di kedalaman 10 km pada lokasi kira-kira 56km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai.

Gempa susulan yang berkekuatan 5.3 SR pula berlaku pada pukul 8.47 pagi di kedalaman 25km pada lokasi 46km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai.

Bagaimanapun kedua-dua gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, menurut BMKG.

Gempa bumi itu terjadi kira-kira tiga bulan selepas gempa bumi besar berkekuatan 7.9 SR menggegarkan Kota Padang, yang mengakibatkan Malaysia terpaksa menggunakan helikopter tentera bagi membawa pulang lebih 300 pelajar perubatan dari sana.

Sementara itu media massa tempatan melaporkan gempa pagi ini sempat

mengakibatkan rasa panik di kalangan penduduk terutama di Kota Padang yang bertempiaran keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana takut terjadi runtuhan.

Bagaimanapun, sehingga tengah hari ini tiada laporan mengenai sebarang kerosakan harta benda. - Bernama

Read more...

KWSP perkenal Skim Persaraan 1Malaysia - Langkah baru bantu petani, nelayan mulai 3 Januari


SKIM Persaraan 1Malaysia akan membantu mereka yang bekerja sendiri termasuk nelayan di negara ini menyimpan wang persaraan menjelang hari tua. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menawarkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP 1Malaysia) mulai 3 Januari 2010 bagi membantu individu yang bekerja sendiri menangani masalah simpanan pada hari tua.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, skim itu mengambil berat terhadap kebajikan semua peringkat rakyat yang bekerja sendiri yang tidak mempunyai skim simpanan pesaraan secara formal.

Skim tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Rzaak semasa pembentangan Bajet 2010 pada Oktober lalu.

SPP 1Malaysia ini terbuka kepada individu bekerja sendiri seperti penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, penyanyi, pelakon, petani, nelayan, pemandu teksi dan peniaga kecil-kecilan.

"Skim ini menawarkan fleksibiliti dalam menentukan jumlah yang mampu disimpan untuk simpanan persaraan mereka," katanya.

Azlan menjelaskan, mereka boleh memilih untuk mencarum amaun minimum sebanyak RM50 sehingga RM5,000 sebulan sebagai simpanan dan tiada paksaan.


sumber: kosmo

Read more...
Related Posts with Thumbnails
sekadar berkongsi...ebook,pdf,software,video,mp3...
PENAFIAN: Laman blog akhiidey tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hakcipta Terpelihara @ 2009

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP