aHLaN waSAhLan...seLaMaT daTaNg kE bLOg aKHiiDeY...tERima kaSiH keRaNa sUDi kuNJuNgi aKHiiDEy...
Oleh kerana terdapat permintaan, maka mulai Februari 2010, akhiidey telah menyediakan ruangan mencari kerja bagi setiap negeri. Mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja. Sekiranya anda mempunyai cadangan boleh emailkan akhiidey di sipitang_gata@yahoo.com.my klik (yahoo)
akhiidey menawarkn beberapa barangan, produk untuk pengunjung blog ni. Mungkin ada barangan,produk yang sedang anda cari. Kalau berminat, kita boleh ejah,wak kiro,sms,email@yang best akhiidey jumpa dgn anda(area daerah bachok klate dan sipitang sabah saja yer!!). Dibawah ni boleh la anda klik,tengok;
Jersi World Cup 2010 dan Jersi Kelab
Kayu Tas dan Raja Kayu
Produk Halia Yusmira Trading
Pakaian adidas dan nike
Gelang mutiara, kristal, loket rantai, butang baju lelaki&seumpamanya...
Kain Pasang Perempuan
Kain Batik Perempuan
Baju Batik lelaki




Harijadi Dato’ Siti Nurhaliza : Beg Tangan Louis Vuitton RM40,000

Sesuai dengan status beliau, Dato’ Siti Nurhaliza menerima sebuah beg berjenama Louis Vuitton sempena sambutan hari jadi’nya daripada suami tercinta, Datuk K.

Beg berharga RM40, 000 adalah erti sebenar kasih sayang Datuk K buat isteri tercinta. Kalau kita imbas kembali, tahun lepas Dato’ Siti Nurhaliza menerima sebuah jam tangan Richard Mille berharga RM200,000. Tahun sebelum’nya pula, beliau menerima kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000.

Secara kebetulan, nilai hadiah hari jadi Dato’ Siti Nurhaliza mengalami depreciation seiring dengan peningkatan usia Dato’ Siti Nurhaliza. Adakah pada tahun hadapan Dato Siti Nurhaliza akan mendapat hadiah yang bernilai kurang daripada RM40,000?

sumber : ohbulan

Read more...

Pokok ajaib..memang ajaib!!

RANTAU PANJANG – Pokok ajaib atau nama saintifiknya ‘synsepalum dulcificum’ atau nama lainnya ‘miraculous Berry’, ‘miracle fruit’, miracle berry atau ‘magic berry’, merupakan spesies Sapotaceae yang semakin dikenali di seluruh dunia termasuk Malay-sia.

Pemilik Syarikat Limau Purut Jaya Trading, Baharuddin Kamarulzaman, 36, berkata, pokok berkenaan adalah sejenis spesies pokok yang unik, bersesuaian dengan namanya yang dipercayai memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid apabila memakannya.

Menurutnya, buah yang berbentuk beri ini sebenarnya tawar tetapi setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.

“Bunganya kecil berwarna putih dan buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.

“Buah ini tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis secara automatik,” katanya yang merupakan pembekal utama anak pokok bunga dan pokok buah di seluruh Kelantan.

Baharuddin berkata, pokok tersebut boleh ditanam di dalam pasu yang besar dan ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika ditanam secara semula jadi (atas tanah).

Menurutnya, kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki dan menghasilkan buah sepanjang tahun jika dijaga dengan baik serta akan berbuah selepas lebih kurang empat tahun ditanam.

“Permintaan terhadap pokok ini, amat menggalakkan kerana ia senang ditanam dan dijaga, malah dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat deman, kencing manis, malaria, buasir, batuk dan sakit gigi.

“Pucuk muda jika diamalkan setiap hari, dipercayai boleh menjadi ubat mujarab kepada beberapa jenis penyakit, namun paling afdal dengan memakan buahnya,” katanya.

Menurutnya, sepohon pokok ini yang bersaiz lebih kurang enam kaki, dijual dengan harga RM450, manakala anak pokoknya pula antara harga RM10 hingga RM15 sahaja.

Read more...

IPTA dipersalahkan kerana menawarkan Ijazah Pendidikan (Sekolah Rendah)

Institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah),
memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah" katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di SMK Megat Dewa, dekat Jitra semalam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya, penyelarasan perlu ada antara kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA.

Katanya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah penempatan berkenaan demi masa depan graduan terbabit.

"Saya menerima satu senarai yang mengandungi nama 20 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memilih program berkenaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah]) dan ada di antara mereka masih menganggur walaupun sudah hampir setahun tamat belajar," katanya.

Sementara itu, mengenai isu pendaftaran sekolah bagi anak-anak warganegara asing, Mohd Puad berkata masih ramai ibu bapa tidak memahami serta keliru dengan peraturan yang telah ditetapkan KPM.

Beliau menjelaskan, bagi warganegara Myanmar atau Rohingya yang mempunyai permit pekerjaan di negara ini, mereka boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, tetapi mesti berpendapatan melebihi RM3,500 serta mempunyai dokumen yang sah dan dikenakan yuran sebanyak RM120 bagi sekolah rendah, manakala RM240 untuk sekolah menengah.

Katanya, bagi pelarian atau pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) pula, mereka tidak boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, manakala bagi rakyat asing yang berkahwin dengan warganegara ini, dokumen pengesahan daripada ketua kampung atau penghulu sudah mencukupi, tetapi masih perlu membayar jumlah yuran yang sama.

- Bernama

Read more...

25 kalimah larangan untuk bukan Islam

SHAH ALAM - Orang bukan Islam yang menggunakan s:ecara bertulis atau lisan 25 perkataan yang dilarang akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya terdapat aduan berhubung perkara itu.

“Setakat ini (di Selangor) tiada individu disabitkan di bawah enakmen itu dan keadaan ini berkemungkinan ada aduan tetapi kita tidak cukup bukti untuk buat sabitkan kesalahan.

“Tetapi kita akan jalankan siasatan lanjut dan kemukakan bukti jika ada menerima aduan mengenai penggunaan perkataan larangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2009, di sini, semalam.

Antara perkataan itu adalah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.

Mohamed Khusrin berkata, gesaan itu dibuat untuk memberi peringatan kepada bukan Islam supaya menghormati agama Islam.

“Kita harap mereka tidak akan guna pakai perkataan-perkataan yang telah disenaraikan itu dalam apa juga keadaan sama ada percakapan atau penulisan dalam mana-mana penerbitan bukan Islam,” katanya.

Katanya, di Pahang terdapat satu (1) kes mengenainya telah dibicarakan dan disabitkan kesalahan.

“Enakmen ini juga telah diguna pakai oleh 10 negeri termasuk Selangor dan Pahang dan perkara ini perlu untuk memberi penjelasan kepada bukan Islam agar menghormati dan menjaga keharmonian Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khusrin berkata bukan Islam juga turut dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.

Read more...

Mendengar al-Quran Dapat Meningkatkan iQ

Ternyata Al-Qur’an dapat merangsang tingkat inteligensia (IQ) anak, yakni ketika bacaan ayat-ayat Kitab Suci itu diperdengarkan dekat mereka. Dr. Nurhayati dari Malaysia mengemukakan hasil penelitiannya tentang pengaruh bacaan Al-Qur’an dapat meningkatkan IQ bayi yang baru lahir dalam sebuah Seminar Konseling dan Psikoterapi Islam sekitar tujuh tahun yang lalu. Dikatakannya, bayi yang berusia 48 jam saja akan langsung memperlihatkan reaksi wajah ceria dan sikap yang lebih tenang. Penulis pun mempunyai seorang keponakan yang lahir tahun 2002. Entah ada kaitan dengan dengan argumentasi di atas, yang jelas sebelum umurnya satu tahun, ia sering baru bisa tidur bila di sampingnya diperdengarkan suara orang mengaji melalui tape recorder.

Seperti diketahui, dengan mendengarkan musik, detak jantung bayi menjadi teratur. Malah untuk orang dewasa akan menimbulkan rasa cinta. Hanya arahnya tidak tentu. Sedangkan Al-Qur’an, selain itu, sekaligus menimbulkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta. Jadi, bila bacaan Al-Qur’an diperdengarkan kepada bayi, akan merupakan bekal bagi masa depannya sebagai Muslim, dunia maupun akhirat.

Dalam musik terkandung komposisi not balok secara kompleks dan harmonis, yang secara psikologis merupakan jembatan otak kiri dan otak kanan, yang output-nya berupa peningkatan daya tangkap/konsentrasi. Ternyata Al-Qur’an pun demikian, malah lebih baik. Ketika diperdengarkan dengan tepat dan benar, dalam artian sesuai tajwid dan makhraj, Al-Qur’an mampu merangsang syaraf-syaraf otak pada anak.

Ingat, neoron pada otak bayi yang baru lahir itu umumnya bak “disket kosong siap pakai”. Berarti, siap dianyam menjadi jalinan akal melalui masukan berbagai fenomena dari kehidupannya. Pada gilirannya terciptalah sirkuit dengan wawasan tertentu. Istilah populernya apalagi kalau bukan “intelektual”. Sedangkan anyaman tersebut akan sernakin mudah terbentuk pada waktu dini. Neoron yang telah teranyam di antaranya untuk mengatur faktor yang menunjang kehidupan dasar seperti detak jantung dan bernapas. Sementara neoron lain menanti untuk dianyam, sehingga bisa membantu anak menerjemahkan dan bereaksi terhadap dunia luar.

Selama dua tahun pertama anak mengalami ledakan terbesar dalam hal perkembangan otak dan hubungan antar sel (koneksi). Lalu setahun kemudian otak mempunyai lebih dari 300 trilyun koneksi, suatu kondisi yang susah terjadi pada usia dewasa, terlebih usia lanjut. Makanya para pakar perkembangan anak menyebut usia balita sebagai golden age bagi perkembangan inteligensia anak.

Memang bila orangtua tidak memanfaatkan kesempatan ini dengan jalan membantu dari belakang, maka tetap tidak akan mempengaruhi kemampuan otak anak dalam menganyam neoron, karena kesempatan untuk memperkuat koneksi otak terbuka luas selama masa anak-anak. Tetapi tentu akan semakin baik bila orangtua pun ikut aktif membantu.

Otak telah tumbuh jauh sebelum bayi lahir. la telah mulai bekerja yang hasilnya merupakan benih penginderaan berdasarkan prioritas. Umumnya pendengaran lebih dulu. Jadi, selama masa itu penting sekali untuk selalu menghadirkan lingkungan kondusif dan baik bagi perkembangan otaknya. Hilangnya lingkungan ini hanya akan membuat otak menderita dan menganggur yang gilirannya mempengaruhi tingkat kecerdasannya.

Dalam kaitan upaya meningkatkan pribadi Muslim, seyogyanya bayi sudah diperdengarkan bacaan Al-Qur’an sejak dalam rahim. Jadi, bila ada anjuran kepada ibu-ibu hamil untuk rajin membaca Al-Qur’an menjelang bersalin, itu ada dasar ilmiahnya juga. Makin baik dan benar bacaan itu, termasuk lagunya, makin baik hasilnya. Tujuannya tentu saja bukan mengajak bayi memahami substansi atau makna kandungan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi memperkuat daya tangkap/konsentrasi otak bayi. Sehingga akan semakin mudahlah ia menghafal ayat-ayat Al-Qur’an beserta terjemahannya ketika sudah memasuki masa belajar.

http://layananquran.com/index.php?option=com_content&task=view&id=100&Itemid=61

Read more...

Statistik: 699,578 Pelancong ke Kelantan...

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 4.85 peratus iaitu menerima seramai 699,578 pada tahun 2009 dari bulan Januari hingga September berbanding sejumlah 667,205 ketibaan pengunjung bagi tempoh sama pada tahun 2008.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, purata penginapan di hotel dan resort di seluruh Kelantan bagi sembilan bulan pertama tahun 2009 ialah 4.85 peratus.

Menurutnya, keunikan Kelantan yang kaya dengan khazanah alam semula jadi dan warisan sejarah, kebudayaan serta kesenian tradisional amat bernilai itu menjadi salah satu tarikan kepada pelancong.

“Kelantan sangat unik dan serba ada serta pertambahan jumlah kehadiran pelancong ini satu trend yang positif. Secara peribadinya saya melihat ramai pelancong antarabangsa mahupun dalam negara tertarik untuk mengunjungi Kelantan,” katanya semalam sempena Majlis Dialog Menteri Pelancongan Bersama Penggiat Industri Pelancongan Kelantan di sini, kelmarin.

Kira-kira 200 penggiat industri pelancongan negeri menyertai sesi dialog diadakan di Bangunan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Kelantan.

Ng berkata, pada tahun 2008 seramai 58,838 pelancong antarabangsa memilih untuk singgah di Kelantan dan pada tahun lepas sejumlah 67,702 yang mengunjungi negeri ini.

Menurutnya, terdapat sebanyak 69 hotel, resort dan chalet di seluruh negeri Kelantan pada tahun lalu serta melibatkan sebanyak 3,598 bilik penginapan dan ia juga menjadi penyumbang kepada kehadiran pelancong.

“Dalam pada itu, kajian mendapati berlakunya penurunan jumlah kunjungan pelancong bagi beberapa negara termasuk Malaysia berikutan berlakunya penularan wabak Influenza A baru-baru ini.

“Bagaimanapun Malaysia menunjukkan trend positif dengan kunjungan pelancong seramai 19 juta (sehingga Mei) dan kerjasama yang ditunjukkan daripada semua pihak menunjukkan negara ini mencapai 23.65 juta pengunjung dan melebihi sasaran awal iaitu sejumlah 19 juta sahaja,” katanya.

Sebelum itu beliau juga turut melawat Pasar Kubang Pasu yang juga adalah tumpuan penjual secara kecil-kecilan menjual pelbagai makanan tradisional.

“Hasrat saya adalah untuk menjadikan lokasi ini sebagai Pusat Makanan untuk Kota Bharu, memanglah Pasar Siti Khadijah sudah menjadi ikon bagi negeri ini.

“Saya perhatikan gerai-gerai yang ada juga tidak diletakkan nama dan kita bercadang supaya mereka ini lebih kreatif untuk mempersembahkan produk masing-masing,” katanya.

Read more...

Planet Marikh dikesan ada pokok


IMEJ yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan barisan 'pokok' yang sebenarnya serpihan tanah runtuh di Planet Marikh.


CAPE CANAVERA - Sebuah kapal angkasa peninjau milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Angkasawan (NASA) merakamkan imej mirip pokok di planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, NASA menyatakan, 'pokok' itu sebenarnya serpihan tanah runtuh semasa ais mencair pada musim bunga di Marikh.

Imej itu menunjukkan deretan-deretan berbentuk kon yang bercambah dari beting pasir dan bukit bukau di permukaan planet tersebut tetapi pemandangan itu sebenarnya ilusi mata.

Gambar tersebut menunjukkan beting pasir yang dilitupi lapisan nipis karbon dioksida beku atau ais kering yang terletak kurang dari 384 kilometer dari kutub utara Marikh.

"Deretan pokok itu sebenarnya timbunan pasir yang terkumpul di kaki beting pasir.

"Pada masa ini, permukaan planet itu dilitupi lapisan kabut karbon dioksida," kata seorang saintis NASA Candy Hansen. - Agensi

Read more...
Related Posts with Thumbnails
sekadar berkongsi...ebook,pdf,software,video,mp3...
PENAFIAN: Laman blog akhiidey tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hakcipta Terpelihara @ 2009

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP