Pokok ajaib..memang ajaib!!

Pemilik Syarikat Limau Purut Jaya Trading, Baharuddin Kamarulzaman, 36, berkata, pokok berkenaan adalah sejenis spesies pokok yang unik, bersesuaian dengan namanya yang dipercayai memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid apabila memakannya.
Menurutnya, buah yang berbentuk beri ini sebenarnya tawar tetapi setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.
“Bunganya kecil berwarna putih dan buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.
“Buah ini tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis secara automatik,” katanya yang merupakan pembekal utama anak pokok bunga dan pokok buah di seluruh Kelantan.
Baharuddin berkata, pokok tersebut boleh ditanam di dalam pasu yang besar dan ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika ditanam secara semula jadi (atas tanah).
Menurutnya, kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki dan menghasilkan buah sepanjang tahun jika dijaga dengan baik serta akan berbuah selepas lebih kurang empat tahun ditanam.
“Permintaan terhadap pokok ini, amat menggalakkan kerana ia senang ditanam dan dijaga, malah dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat deman, kencing manis, malaria, buasir, batuk dan sakit gigi.
“Pucuk muda jika diamalkan setiap hari, dipercayai boleh menjadi ubat mujarab kepada beberapa jenis penyakit, namun paling afdal dengan memakan buahnya,” katanya.
Menurutnya, sepohon pokok ini yang bersaiz lebih kurang enam kaki, dijual dengan harga RM450, manakala anak pokoknya pula antara harga RM10 hingga RM15 sahaja.
0 ulasan:
Catat Ulasan